Utusan Borneo (Sabah)

SK Kalumpang antara sekolah terbaik

Rai pencapaian pada Majlis Apresiasi Pelajar

- Oleh HAMZAH SANUDIN

SEKOLAH Kebangsaan Kalumpang, Semporna telah mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar dan Konvokesye­n Tahun 6 bagi sesi 2017 di dewan terbuka sekolah berkenaan.

Guru Besar SK Kalumpang Kamul Kamarudin berkata, majlis anugerah itu bukan sahaja untuk memberikan penghargaa­n kepada murid yang cemerlang tetapi turut menghargai jasa semua guru, ibu bapa, pekerja am sekolah dan semua yang telah banyak menabur jasa kepada sekolah itu.

“Semoga dengan penghargaa­n ini menjadi pemangkin bagi meningkatk­an kualiti kerja dan bekerja dengan ikhlas di sekolah ini,” katanya.

Beliau juga bersyukur atas kehadiran semua ibu bapa dan pegawai ladang kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis itu.

Pegawai Pendidikan Daerah Semporna Dzulkifli Ali Basha ketika merasmikan majlis itu berkata, SK Kalumpang merupakan sekolah yang sangat membanggak­an dengan pencapaian yang telah diperolehi dan telah tersenarai dalam ranking yang baik di antara sekolahsek­olah daerah Semporna.

“Pencapaian ini bukan mudah diperolehi tanpa kerja keras daripada semua pihak. Kesempatan merasmikan majlis apresiasi sekolah ini merupakan perkara yang sangat berharga kepada diri saya dan berharap SK Kalumpang akan lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, Afiefah Afrienah Arsat dinobatkan sebagai pelajar cemerlang kerana menerima paling banyak anugerah pada tahun ini.

Semoga dengan penghargaa­n ini menjadi pemangkin bagi meningkatk­an kualiti kerja dan bekerja dengan ikhlas di sekolah ini. KAMUL KAMARUDIN Guru Besar SK Kalumpang

 ??  ?? PELAJAR Tahun 6 bergambar kenangan bersama guru kelas Sunarti Salim.
PELAJAR Tahun 6 bergambar kenangan bersama guru kelas Sunarti Salim.
 ??  ?? DZULKIFLI bergambar kenangan dengan warga pendidik SK Kalumpang.
DZULKIFLI bergambar kenangan dengan warga pendidik SK Kalumpang.
 ??  ?? AFIEFAH paling banyak merangkul anugerah pada tahun ini.
AFIEFAH paling banyak merangkul anugerah pada tahun ini.
 ??  ?? KAMUL berucap pada majlis itu.
KAMUL berucap pada majlis itu.
 ??  ?? KAMUL menyampaik­an cenderahat­i kepada Dzulkifli.
KAMUL menyampaik­an cenderahat­i kepada Dzulkifli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia