Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu beri didikan asas terbaik kepada anak

-

BINTULU: Ibu bapa perlu memberi didikan asas terbaik dan berkualiti kepada anak, kata Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu.

Beliau berkata, pendidikan prasekolah amat penting sebagai persediaan anak-anak memasuki alam pendidikan formal nanti.

“Ibu bapa harus membuat persediaan awal dengan memilih taska atau tadika yang baik untuk setiap anak bagi memastikan mereka mendapat didikan asas yang baiksertab­erkualiti,”ujarnya pada Majlis Hari Keluarga Taska dan Tadika Permata Kasih Ke-11, 2017 di Mini Auditorium Perpustaka­an BDA di sini, pagi semalam.

Mataip berkata, pada masa sama, ibu bapa harus mendapatka­n bahan bacaan serta peralatan pelajaran alternatif bagi membolehka­n anak mereka mendapatka­n ilmu tambahan selain yang diajar guru di taska masingmasi­ng.

“Paling penting ibu bapa harus sentiasa peka dengan perkembang­an pendidikan semasa terutama pembelajar­an interaktif secara online bagi memantapka­n lagi ilmu akademik yang dipelajari oleh anak mereka di sekolah,” ujar beliau.

Justeru, katanya, sokongan padu ibu bapa amat perlu bagi memastikan anak mereka mendapat asas pendidikan yang kuat sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.

Pada majlis itu, Mataip turutbersa­ma-samameraik­an sambutan hari jadi muridmurid taska pada Oktober dan November.

Hadirin turut dipersemba­hkan dengan tarian serta nyanyian menghiburk­an daripada murid taska terbabit.

Turut hadir, Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad.

 ??  ?? MATAIP (tengah) bersama kakitangan Taska dan Tadika Permata Kasih Bintulu menyanyika­n lagu hari jadi kepada anak didik mereka yang menyambut kelahiran pada Oktober dan November tahun ini.
MATAIP (tengah) bersama kakitangan Taska dan Tadika Permata Kasih Bintulu menyanyika­n lagu hari jadi kepada anak didik mereka yang menyambut kelahiran pada Oktober dan November tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia