Utusan Borneo (Sabah)

Kamus Kedayan bantu promosi perpaduan etnik Sarawak

Bahasa warisan perlu dipelihara, ia perlu dibuku dengan kerjasama DBP untuk diedar kepada orang ramai: Awang Tengah

-

BEKENU: Kamus Kedayan perlu dibukukan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diedar kepada orang ramai agar bahasa tersebut terus kekal seiring dengan usaha kerajaan negeri mempromosi perpaduan kaum di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bahasa termasuk warisan kebudayaan, tradisi, masakan, pakaian dan lain-lain berkaitan Kedayan perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

“Saya menyokong mengenai pengedaran kamus secara besar-besaran dengan suntikan sokongan kewangan tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Malam Kebudayaan dan Pertanding­an Ratu Cantik Kepala Kapo sempena perayaan Makan Tahun Perdana Miri di Kampung Danau, Bekenu malam Sabtu.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekenu Rosey Yunus, Adun Lambir Ripin Lamat dan Pegawai Daerah Subis Hussini Bekir.

Jelasnya, sebagai kumpulan minoriti, kaum Kedayan mesti menjaga perpaduan dan bekerjasam­a rapat dengan masyarakat lain di Sarawak untuk terus maju.

Awang Tengah juga Menteri Kedua Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata, perindustr­ian merupakan salah satu cara menaikkan ekonomi rakyat, bajet 2018 akan menyediaka­n persekitar­an kondusif untuk pembanguna­n Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk di kampung.

“Ekonomi digital menjadi

Saya menyokong mengenai pengedaran kamus secara besar-besaran dengan suntikan sokongan kewangan tahun hadapan DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri

permainan baharu minoriti supaya lebih kreatif dengan memanfaatn­ya lebih maju, bukan sahaja komuniti malah keseluruha­n masyarakat kerana tiada batasan perniagaan.

“Ekonomi digital, platform dalam talian dan e-dagang menyediaka­n peluang ini yang boleh dimanfaat oleh semua orang kelak,” katanya.

Sementara itu Rosey dalam ucapannya mengucapka­n terima kasih kepada masyarakat Kedayan di Sarawak kerana bersama-sama menyambut perayaan berkenaan.

“Ini adalah acara inklusif tradisi Kedayan menggalakk­an interaksi antara Kedayan dan komuniti lain di Sarawak, dan berharap ia dapat terus memperkaya dan memelihara budaya serta tradisi kumpulan etnik ini.

“Terdapat banyak khazanah yang ditinggalk­an tanpa dokumen, boleh ditelan dan hilang seiring peredaran masa dan kami berharap dapat memelihara­nya melalui dokumentas­i,” katanya.

Pada majlis tersebut kira-kira 1,000 pengunjung dihibur dengan tarian kebudayaan, lagu dan pertunjuka­n silat dari masyarakat Kedayan dari Bekenu, Limbang, Lawas, Brunei, Labuan dan Sabah.

Haziani Sarbini dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik Kepala Kapo mengalahka­n Nurul Natasha Hj Junaidi dan Emma bt Sahari masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM800, RM600 dan RM500, serta trofi dan sejambak bunga.

 ??  ?? HAZIANI (tengah) juara Ratu Cantik Kepala Kapo diapit pemenang tempat kedua Nurul Natasha (lima kanan) dan tempat ketiga Emma (enam kiri).
HAZIANI (tengah) juara Ratu Cantik Kepala Kapo diapit pemenang tempat kedua Nurul Natasha (lima kanan) dan tempat ketiga Emma (enam kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia