Utusan Borneo (Sabah)

Bakisa tekad rampas kejuaraan

Kejohanan Badminton PTIWRM 21-26 Nov

-

KOTA KINABALU: Pasukan Badminton Bakisa Sabah tekad untuk merampas kejuaraan kejohanan Badminton Perjumpaan Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat SeMalaysia (PTIWRM) yang akan bermula pada 21-26 November ini, di Melaka.

Pengerusi Biro Lawatan Bakisa yang juga AJK Induk Bakisa Sabah Datin Diana Wong berkata, pasukan badminton Bakisa telah menjadi juara sebanyak 13 kali sebelum ini, namun nasib tidak menyebelah­i pada kejohanan baru-baru ini di Kedah.

Katanya, pasukan itu gagal mempertaha­nkan kejuaraan disebabkan mereka telah memasukkan pasukan gabungan pemain baharu untuk memberi mereka peluang menimba pengalaman, tambahan lagi beberapa pemain berpengala­man kurang sihat pada masa itu dan perlu direhatkan.

“Bagaimanap­un, syukur alhamdulil­ah bersama gabungan pemain lama dan baharu Bakisa masih juga Pengerusi Biro Lawatan Bakisa yang juga AJK Induk Bakisa Sabah memperoleh­i tempat ketiga pada kejohanan itu.

“Kali ini pasukan Bakisa datang dengan pasukan penuh iaitu para pemain lama berganding dengan pemain baharu dengan harapan agar membawa kembali piala kejohanan itu ke Sabah, termasukla­h juga beberapa sukan lain yang di pertanding­kan,” katanya.

Isteri kepada Pembantu Menteri Pertanian dan Indusri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pencapaian pasukan Bakisa Sabah sebelum rombongan itu berlepas ke Semenanjun­g pada Ahad.

Beliau yang juga salah seorangpem­ainutamapa­sukan itu berkata, selain latihan intensif, Bakisa juga telah mengadakan pelbagai aktiviti lain termasukla­h peserta diberi latihan perbarisan dan boling.

Menurut beliau pasukan Bakisa juga telah menjalani beberapa latihan intensif pada Oktober lepas, termasukla­h latihan perketatka­n disiplin, komitmen dan semangat kerjasama berpasukan yang sangat diutamakan untuk memastikan pasukan Bakisa itu akan mengharumk­an nama negeri Sabah.

“Kali ini pasukan Bakisa datang dengan pasukan penuh iaitu para pemain lama berganding dengan pemain baharu dengan harapan agar membawa kembali piala kejohanan itu ke Sabah, termasukla­h juga beberapa sukan lain yang ” dipertandi­ngkan. DATIN DIANA WONG

 ??  ?? DIANA (enam kiri) bersama Pasukan Bakisa melakukan latihan intensif.
DIANA (enam kiri) bersama Pasukan Bakisa melakukan latihan intensif.
 ??  ?? DIANA (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta merentas desa wanita Mukim Rosok Kota Belud.
DIANA (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta merentas desa wanita Mukim Rosok Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia