Utusan Borneo (Sabah)

Ibrahim Amir juara Sabah

Pengalaman lebih dua dekad beri kelebihan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Jaguh negara Ibrahim Amir merangkul gelaran juara Kejohanan Pool 9-Bola Tertutup Sabah 2017 yang berakhir di Sheffield Snooker & Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam pada Ahad.

Namun demikian, pemenang pingat perak Sukan Asia 2010 itu dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain remaja sensasi kebangsaan Muhammad Almie Muhamad Yakup menerusi agregat 11-9.

Ibrahim memulakan lang- kah kanan dengan memenangi set pertama, tetapi Almie menguasai dua set seterusnya untuk kedudukan 1-2, sebelum Ibrahim bangkit memenangi set keempat dan kelima untuk kedudukan 3-2.

Almie dengan pengalaman mewakili pasukan remaja kebangsaan beraksi di beberapa kejohanan antarabang­sa luar negara memperheba­tkan bidikan untuk memenangi set keenam dan ketujuh memaksa Ibrahim sekali lagi ketinggala­n pada kedudukan 3-4.

Ibrahim berjaya menyamakan kedudukan pada agregat 4-4 tetapi Almie sekali lagi berada di hadapan memenangi set kesembilan untuk agregat 5-4 mendahului.

Tidak memberi sebarang peluang pada empat set seterusnya, Ibrahim memenangi set ke-10 hingga ke-13 untuk kedudukan 8-5, tetapi Almie yang nyata tidak mudah mengalah bangkit sekali lagi dengan memenangi set ke-14 hingga ke-16 untuk menyamakan kedudukan pada agregat 8-8.

Ibrahim kembali dihadapan memenangi set ke-17 untuk kedudukan 9-8, tetapi Almie tidak berputus asa untuk sekali lagi menyamakan kedudukan pada agregat 9-9.

Ibrahim yang boleh dikatakan telah biasa berhadapan tekanan sedemikian, menggunaka­n sepenuh pengalaman lebih dua dekad beraksi di kejohanan serata dunia, memenangi set ke19 untuk kedudukan 10-9 sebelum menyempurn­akan set ke-20 untuk kemenangan muktamad.

Di separuh akhir, Ibrahim menewaskan Jamal Jailani menerusi aksi mudah berkesudah­an 11-4, manakala Almie yang diikat 8-8 oleh seorang lagi pemain berbakat, Casper Chin, bangkit memenangi tiga set seterusnya untuk kedudukan 11-8.

Aksi suku akhir, Ibrahim mengalahka­n Loo Yew Keat menerusi agregat 9-2, Almie menundukka­n pemain veteran Frankie Kok menerusi keputusan 9-6, Jamal menewaskan Nasir Jawaji menerusi agregat 9-6 manakala Casper melakukan kejutan dengan mengenepik­an cabaran juara bertahan Kok Jken Yung menerusi aksi sengit berkesudah­an dengan 9-8.

Selaku juara, Ibrahim menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi sambil Almie masih boleh tersenyum dengan wang tunai RM900 berserta trofi.

Jamal dan Casper masingmasi­ng menerima wang tunai bernilai RM350 berserta trofi manakala empat pemain yang tewas di suku akhir iaitu Yew Keat, Fankie, Nasir dan Jken Yung masing-masing menerima RM150.

Majlis penutupan kejohanan lima hari itu telah disempurna­kan oleh Presiden Persatuan Snuker dan Biliard Negeri Sabah (SSBA) Frankie Kok, sementara penyampaia­n hadiah telah dilakukan oleh Bendahari SSBA Liau Mun Loong.

“Pemenang pingat perak Sukan Asia 2010 itu dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain remaja sensasi kebangsaan Muhammad Almie Muhamad Yakup menerusi agregat ” 11-9.

 ??  ?? JAMAL (dari kanan), Ibrahim, Almie dan Casper bersama trofi kejayaan masing-masing semasa Kejohanan Pool 9-Bola Tertutup Sabah 2017 yang berakhir di Sheffield Snooker & Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam pada Ahad.
JAMAL (dari kanan), Ibrahim, Almie dan Casper bersama trofi kejayaan masing-masing semasa Kejohanan Pool 9-Bola Tertutup Sabah 2017 yang berakhir di Sheffield Snooker & Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam pada Ahad.
 ??  ?? IBRAHIM Amir (kiri) menerima hadiah juara Kejohanan Pool 9-Bola Tertutup Sabah 2017 daripada Liau.
IBRAHIM Amir (kiri) menerima hadiah juara Kejohanan Pool 9-Bola Tertutup Sabah 2017 daripada Liau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia