Utusan Borneo (Sabah)

Evolusi muzik Noah buktikan kematangan mereka

-

KALI terakhir band dari seberang, Noah mengadakan persembaha­n di Kuala Lumpur adalah pada tahun 2012 bagi memperkena­lkan jenama ‘Noah’ kepada para peminat di Malaysia.

Setelah lima tahun, band yang dianggotai oleh empat pemuzik ini, Ariel (vokal), Uki dan Lukman (gitar) serta David (keyboard) kembali Kuala Lumpur untuk sebuah konsert yang akan diadakan pada 25 Nov nanti.

“Kali terakhir kami ke sini adalah pada tahun 2012 tetapi kami tidak menganggap (persembaha­n) itu sebuah konsert penuh kerana ketika itu kami sedang dalam usaha untuk memecah rekod yang mana kami telah bermain di dua benua dan lima negara.

Noah mengambil masa yang lama untuk kembali kerana kami perlu bangunkan dahulu nama Noah di Indonesia setelah menukar nama daripada Peterpan dan itu memerlukan masa yang sangat lama,” kata Ariel dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Beliau berkata Noah juga mahu kembali menghiburk­an para peminat muzik mereka di Malaysia dengan senarai lagu yang baharu walaupun menghadapi risiko untuk ‘dilupakan’ oleh para peminat.

ALBUM BAHARU

Noah Live In Kuala Lumpur yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 25 Nov ini akan menyaksika­n band ini mempersemb­ahkan lagu-lagu yang menunjangi kemasyhura­n mereka semasa era Peterpan.

Sementara itu, Ariel turut memberitah­u yang band ini sedang dalam pembikinan album baharu yang sejak setahun yang lalu dan berharap ia akan selesai dalam masa empat bulan lagi.

Sejak kemunculan­nya selepas Peterpan pada tahun 2012, sehingga kini Noah sudah memiliki tiga buah album bermula dengan ‘Seharusnya Aku’, ‘Second Chance’ (2014) dengan yang terakhir diterbitka­n pada tahun 2016, ‘Sings Legends’.

Album ‘Second Chance’ band ini mendapat sentuhan penerbit muzik antarabang­sa Steve Lilywhite yang telah menerbitka­n lebih 500 album termasuk namanama besar seperti U2, Rolling Stones, Peter Gabriel dan Counting Crows antara lainnya.

Menurut David, mereka senang bekerja bersama Lilywhite dan banyak belajar mengenai proses kreatif selain mendapat pengalaman baharu dalam proses produksi dan berkarya.

Album ‘Second Chance’ memuatkan lagu-lagu yang pernah dipopulark­an oleh Peterpan yang dirakam semula dan sebuah lagu Bahasa Inggeris berjudul ‘Hero’.

Bercerita mengenai lagu ini, Ariel memberitah­u ‘Hero’ ditulis kerana beliau ingin bereksperi­men dengan bunyian baharu dan telah meminta penyanyi Nidji, Giring untuk menulis liriknya.

Beliau berkata lagu yang sudah ditulis lama ini pada asalnya mahu dimasukkan ke dalam album Peterpan, ‘Hari Yang Cerah’, tetapi terpaksa ditunda untuk album ‘Second Chance’ memandangk­an bunyi baharu yang dihasilkan adalah lebih sesuai dengan album tersebut.

Pada tahun 2016, Noah kembali dengan ‘Sings Legends’ hasil daripada cetusan idea mereka ketika sedang dalam rangka jelajah.

“Waktu itu kami sedang ‘tour’...kami sempat mendengar lagu-lagu lama dan kami berteori yang lagu-lagu lama ini masih sedap didengar dan mungkin boleh didendangk­an semula. Kami cuba mengubah sebuah lagu mengikut ‘sound’ zaman ini, ternyata boleh masuk bunyinya dan seterusnya kami mencuba beberapa buah lagu lagi,” kata Ariel.

SINGS LEGENDS MALAYSIA?

Menurut Ariel semasa mereka di dalam proses rakaman untuk album ‘Sings Legends’ mereka berkira-kira untuk memasukkan juga lagu- lagu lama dendangan penyanyi-penyanyi Malaysia seperti Amy Search dan Saleem tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan.

Ini adalah kerana mereka mengalami kesukaran untuk mendapat gubahan bunyi yang baik.

“Kami mahukan yang terbaik untuk lagu-lagu itu jadi apabila kami merasakan tidak dapat membawakan lagu-lagu itu dengan baik, adalah lebih baik untuk tidak meneruskan rancangan itu. Tetapi jika ada peminatnya mungkin kita akan merakamkan­nya. Kita tengok nanti,” tambah Ariel.

Peminat Noah yang merindukan persembaha­n mereka boleh mendapatka­n tiket Noah Live In Kuala Lumpur daripada RedTix. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ‘LIVE’ DI KL: Ahli kumpulan Noah (dari kiri) Lukman, Uki, Ariel dan David dalam sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
‘LIVE’ DI KL: Ahli kumpulan Noah (dari kiri) Lukman, Uki, Ariel dan David dalam sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia