Utusan Borneo (Sabah)

Dipilih untuk baik pulih, duka SK Tanaki berakhir

Terima bangunan baharu dengan enam bilik darjah

-

PAPAR: Kisah duka Sekolah Kebangsaan Tanaki yang pernah meneruskan sesi persekolah­an di bawah khemah selama tiga bulan selepas terbakar pada tahun 2015, kini berakhir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekolah itu terpilih dalam kumpulan pertama yang akan dibaik pulih di Sabah.

Katanya, sekolah yang berusia hampir 30 tahun itu akan menerima bangunan baharu terdiri daripada enam bilik darjah lengkap perabot serta sistem perparitan dan tandas.

“Pada Pembentang­an Bajet 2018, saya telah mengumumka­n peruntukan RM2.5 bilion bagi membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah di seluruh negara dengan RM1 bilion diperuntuk­kan kepada Sabah.

“Peruntukan itu adalah untuk membaiki sekolah yang berada dalam keadaan daif seperti bumbung bocor, lantai rosak, dinding berlubang dan peralatan yang sudah lama tidak berganti melalui kaedah Industrial Building System (IBS).

“Pada tahun ini sahaja, 30 pembinaan sekolah baharu menggunaka­n kaedah

IBS yang memerlukan penyelengg­araan segera telahpun dimulakan di Sabah,” katanya pada sesi lawatan ke sekolah itu pada Sabtu.

Jelas Najib, usaha itu bertujuan menyediaka­n persekitar­an lebih kondusif dan berharap infrastruk­tur berkenaan dapat memberi dorongan kepada murid supaya belajar dengan tekun lagi terutama di kawasan pedalaman.

Setakat hari ini, 70 murid di sekolah itu ditempatka­n di dua blok bangunan sementara manakala dua blok tambahan baharu telah siap sepenuhnya dilengkapi empat unit kipas dan lampu.

Najib turut diiringi Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Ahli Parlimen Papar dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul dan Guru Besar SK Tanaki Jasri Amir Abjul.

Pada Pembentang­an Bajet 2018, saya telah mengumumka­n peruntukan RM2.5 bilion bagi membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah di seluruh negara dengan RM1 bilion diperuntuk­kan kepada Sabah. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? MUSA (dua dari kiri) mengiringi Najib (kanan) ketika melawat bilik darjah baharu di SK Tanaki.
MUSA (dua dari kiri) mengiringi Najib (kanan) ketika melawat bilik darjah baharu di SK Tanaki.
 ??  ?? NAJIB (tiga dari kanan, depan), Musa (tiga dari kiri, depan), Rosnah (dua dari kanan, depan) dan Ghulam (kanan, depan) bersama guru-guru SK Tanaki.
NAJIB (tiga dari kanan, depan), Musa (tiga dari kiri, depan), Rosnah (dua dari kanan, depan) dan Ghulam (kanan, depan) bersama guru-guru SK Tanaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia