Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak akan sekat Mugabe datang ke Malaysia

-

BAGAN DATUK: Kerajaan tidak akan menyekat atau membantah sekiranya Presiden Zimbabwe Robert Mugabe berhasrat datang ke Malaysia bagi mendapatka­n rawatan kesihatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pendirian itu selaras dengan hasrat kerajaan yang giat mempromosi­kan pelanconga­n kesihatan di negara ini kepada masyarakat antarabang­sa.

“Kita tiada bantahan. Kita (Malaysia) tidak sesekali mencampuri urusan dalam negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diSekolahM­enengah Kebangsaan­HutanMelin­tang di sini, pada Ahad.

Program fasa kedua itu dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan Mugabe, yang berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan, dan isterinya Grace mungkin mengunjung­i Singapura atau Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata : “Itu hanya laporan,sayabelumm­endapat laporan yang beliau akan datang Malaysia atau negara jiran”.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri mengesahka­n presiden Zimbabwe yang berumur 93 tahun itu sudah beberapa kali datang ke Malaysia untuk mendapatka­n rawatan perubatan di hospital swasta di ibu negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia