Utusan Borneo (Sabah)

Lebih ramai belia digalak ceburi bidang perniagaan

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri menggalakk­an lebih ramai belia menceburi bidang perniagaan, dengan menyediaka­n program latihan dan modal untuk membantu mereka.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata antara program tersebut ialah Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dikendalik­an SME Corp Malaysia.

“Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumum peruntukan sebanyak RM40 juta bagi menggandak­an program TUBE yangmeliba­tkangolong­anbelia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari MITI 2017 di sini, Ahad.

Mustapa berkata tahun ini, seramai 1,000 belia di seluruh negara mendapat bimbingan melalui program TUBE dan 2,000 orang disasarkan berbuat demikian tahun depan.

Beliau juga berkata MITI melalui agensinya sedang mendedahka­n pelbagai peluang kepada usahawan terutama bumiputera untuk meningkatk­an daya saing mereka dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Saya serta pegawai-pegawai MITI akan turun padang untuk meninjau perusahaan yang dilaksanak­an oleh usahawan bagi mengetahui secara lebih dekat cabaran yang mereka hadapi serta membantu mereka meningkatk­an pencapaian perniagaan,” katanya.

Mustapa berkata pihaknya juga akan membantu usahawan PKS tempatan untuk menggunaka­n teknologi digital bagi menerokai pasaran global termasuk melalui program edagang.

Bersempena Hari MITI 2017 itu, sebanyak 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 27 syarikat tempatan dan asing kepada pencari kerja terutama lepasan sekolah menengah dan graduan khususnya di Kelantan. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? MUSTAPA (kanan) beramah mesra dengan penerima geran program peningkata­n keupayaan PKS Bumiputera (BEEP) Kelantan sempena Hari MITI Zon Timur, pada Ahad. Turut hadir Ahmad Maslan (dua, kanan).
-Gambar Bernama MUSTAPA (kanan) beramah mesra dengan penerima geran program peningkata­n keupayaan PKS Bumiputera (BEEP) Kelantan sempena Hari MITI Zon Timur, pada Ahad. Turut hadir Ahmad Maslan (dua, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia