Utusan Borneo (Sabah)

Gema Asmaul Husna pembuka acara

Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Tadika Pintar Al-Hafiz meriah

-

GEMA Al Maul Husna berkumanda­ng sebagai pembuka acara pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Tadika Pintar Al-Hafiz, Kota Kinabalu pada Ahad.

Seramai 13 pelajar berusia enam tahun menjalani graduasi menamatkan pembelajar­an di tadika itu dan yang lainnya hadir menerima pelbagai anugerah.

Pengurusny­a Ustaz Mohd Zulfikar Abdul Mijan berkata penubuhan tadika itu sejak awal 2016 menekankan pendidikan akhlak kepada anak-anak dan amali serta hafalan alQuran.

“Kami turut menekankan daripada segi akademik kepada anak-anak agar setanding dengan tadika lain.

“Cuma, kelebihan pelajar kita ialah mereka ada praktikal solat bermula dari Subuh, Dhuha, Zuhur dan Asar serta hafalan secara berterusan.

Saya lihat pelajar kita lebih ke hadapan berbanding yang lain,” katanya.

Zulfikar juga maklum mengenai cabaran masa kini yang agak besar serta saingan yang tinggi pelbagai institusi, tadika dan taska yang ada sekarang.

“Namun, kami mengambil cabaran itu dengan memberi penekanan kepada kaedah membaca dengan cepat, membaca al-Quran dengan cepat serta pembentuka­n akhlak pelajar.

“KPI kami juga memastikan pelajar berusia enam tahun ini boleh membaca sebelum memasuki darjah satu dengan baik, boleh solat dengan baik serta memiliki akhlak yang baik,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar semua ibu bapa yang memberikan sokongan kepada tadika itu terus memberi pendedahan pendidikan khususnya pendidikan agama Islam kepada anak-anak.

“Pendedahan itu termasukla­h kaedah membaca al-Quran dan hafalan, solat dan sebagainya. Saya doakan anak-anak ini terus mencapai kecemerlan­gan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, ayah kepada pelajar Tadika Pintar Al-Hafiz Sisu Arman Amir, 34, tidak menyangka anak sulungnya Syahmi Amsyar, 5, dapat meraih anugerah dua mata pelajaran terbaik termasukla­h kategori hafazan dan solat terbaik.

“Memang sejak Syahmi berusia tiga tahun kami dapat mengesan yang dia mudah menangkap sesuatu pembelajar­an dan memandangk­an ibunya juga seorang guru, maka ibunya banyak membantu dari segi akademik.

“Alhamdulil­lah, sejak dia belajar di Tadika Pintar ini, saya dapat melihat perkembang­annya dari segi solat dan bacaan yang sangat jelas, dan ia satu perkara yang sangat positif,” ujarnya yang juga seorang pensyarah.

Arman juga berpendapa­t dalam keadaan yang semakin mencabar ini, didikan yang sempurna mestilah bermula dari rumah dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah khasnya dalam pendidikan agama.

“Saya dan isteri sudah bersepakat dan fokus untuk mendedahka­n Syahmi kepada pendidikan agama terlebih dahulu kerana kami berpendapa­t jika anak-anak mendapat pendidikan agama yang baik, insyaAllah perkara yang lain akan lebih mudah diterima.

“Dari segi akademik pula, memang tidak dinafikan kita perlu pantas mengikuti sistem pendidikan sekarang, kita akan cuba seimbangka­n kerana dalam zaman yang luar biasa sekarang ini kita kena balik ke rumah untuk tekankan aspek keagamaan,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada guruguru yang berjaya mendidik anak-anak terutama sekali dalam aspek keagamaan serta isteri yang banyak membantu dalam perkembang­an anak mereka.

Pada majlis itu, anakanak tadika turut menunjukka­n bakat dalam persembaha­n hafazan, solat dhuha dan nasyid di samping persembaha­n qasidah daripada kumpulan usrah Tadika Pintar Al-Hafiz.

 ??  ?? ZULFIKAR (duduk, dua dari kanan) menekankan pendidikan akhlak kepada anak-anak.
ZULFIKAR (duduk, dua dari kanan) menekankan pendidikan akhlak kepada anak-anak.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nasyid secara berkumpula­n.
PERSEMBAHA­N nasyid secara berkumpula­n.
 ??  ?? HEZZAYD Anaqi Heznan menerima dua anugerah iaitu solat terbaik dan akhlak terbaik.
HEZZAYD Anaqi Heznan menerima dua anugerah iaitu solat terbaik dan akhlak terbaik.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N hafazan daripada pelajar tadika.
PERSEMBAHA­N hafazan daripada pelajar tadika.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N solat Dhuha yang diimamkan oleh pelajar tadika.
PERSEMBAHA­N solat Dhuha yang diimamkan oleh pelajar tadika.
 ??  ?? ARMAN (belakang, kanan) bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Syahmi (hadapan, kiri).
ARMAN (belakang, kanan) bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Syahmi (hadapan, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia