Utusan Borneo (Sabah)

Teruja bertemu Perdana Menteri

Najib lawat Sekolah Kebangsaan Tanaki, Papar

-

DI kala sepupunya, Mohd Haikal David dikerumuni media kerana dapat duduk dan bermesra dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Dyvie Darius, 7, pula berasa kecewa.

Dia datang ke sekolah bersama keluargany­a seawal jam 3 petang, sedangkan ketibaan pemimpin nombor satu negara dijadualka­n pada jam 5 petang ke Sekolah Kebangsaan Tanaki, Papar.

Menurut ibunya, Roslin Joseph, 40, ketika penduduk kampung berbaris di tepi laluan untuk bersalaman sebelum Perdana Menteri beredar meninggalk­an majlis, Dyvie turut menyelit dirinya dalam barisan.

“Dari rumah lagi, Dyvie teringin sangat berjumpa dengan Perdana Menteri. Jadi, dia pun tidak sabarsabar mengajak saya dan suami datang awal ke sekolahnya.

“Dia cemburu kerana abangnya Dexter dan sepupunya Haikal dapat bersama Perdana Menteri di dalam kelas yang dirancang pihak sekolah untuk lawatan itu.

“Jadi, dia hanya tunggu peluang di luar kelas. Malah, ketika kami bersama para ibu bapa lain bersesak-sesak berbaris di tepi laluan untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, dia pun sibuk menyelit di antara saya dan suami.

“Malangnya, ketika kami bersalaman dengan Perdana Menteri dengan penuh teruja, Perdana Menteri terlepas pandang mungkin kerana Dyvie pendek, kecil dan sesi itu berlalu dengan cepat.

“Selepas itu, dia melihat dari jauh sepupunya, Haikal dikerumuni media. Memang kasihan dengan Dyvie walaupun dia tidak cakap, tapi tengoklah mukanya sekarang,” kata ibunya sambil tersenyum.

Seperti Dyvie, ayahnya Darius Golimpai, 43, pegawai penguasa Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Papar menyatakan syukur dan terharu atas kehadiran Perdana Menteri ke kampungnya.

“Selama ini, kita hanya lihat Perdana Menteri dalam TV, tetapi kali ini dapat jumpa secara live depan mata. Wahhh, penduduk di sini rasa seperti menang tiket loteri 6D!” ujarnya sambil

gelak gembira. Berbeza dengan Mohd Haikal, 12, yang bertuah kerana impiannya berjumpa dengan Perdana Menteri menerusi karanganny­a bertajuk ‘Sekolah Baharu Saya’, kini menjadi kenyataan. “Saya gementar dan teruja tetapi lega sebab dapat membaca karangan yang saya buat sendiri untuk Perdana Menteri di depannya,” katanya.

Pada Ahad, Najib sempat melawat penambahan bilik darjah di sekolah berkenaan, selepas terbakar pada tahun 2015 dan terpaksa beroperasi di bawah khemah selama tiga bulan, sebelum menempatka­n 70 muridnya dalam dua blok bangunan sementara.

Dari rumah lagi, Dyvie teringin sangat berjumpa dengan Perdana Menteri. Jadi, dia pun tidak sabarsabar mengajak saya dan suami datang awal ke sekolahnya. ROSLIN JOSEPH Ibu Dyvie

 ??  ??
 ??  ?? DEXTER (belakang Najib) melihat sepupunya Mohd Haikal bersama idola adiknya.
DEXTER (belakang Najib) melihat sepupunya Mohd Haikal bersama idola adiknya.
 ??  ?? DEXTER (kiri, depan) bersama adiknya Dyvie (kanan, depan) serta ibu bapanya.
DEXTER (kiri, depan) bersama adiknya Dyvie (kanan, depan) serta ibu bapanya.
 ??  ?? MOHD Haikal (dua dari kanan) ketika membaca karanganny­a bertajuk ‘Sekolah Baharu Saya’ sambil diperhatik­an Najib (tiga dari kanan) dan Dexter (belakang, tengah).
MOHD Haikal (dua dari kanan) ketika membaca karanganny­a bertajuk ‘Sekolah Baharu Saya’ sambil diperhatik­an Najib (tiga dari kanan) dan Dexter (belakang, tengah).
 ??  ?? NAJIB (tiga dari kanan, depan) bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman (tiga dari kiri) serta para pemimpin tempatan dan guru SK Tanaki.
NAJIB (tiga dari kanan, depan) bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman (tiga dari kiri) serta para pemimpin tempatan dan guru SK Tanaki.
 ??  ?? DYVIE (kiri) ketika ditanya masih merajuk atau tidak kerana tidak berpeluang bersalam dengan Najib.
DYVIE (kiri) ketika ditanya masih merajuk atau tidak kerana tidak berpeluang bersalam dengan Najib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia