Utusan Borneo (Sabah)

1,200 sertai Larian HQE 2017

Mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan warga KKM

-

LEBIH 1,200 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat sekitar Bandaraya Kota Kinabalu menyertai Larian HQE sejauh 10 kilometer anjuran Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2017 pada Sabtu.

Larian HQE 2017 merupakan sebahagian usaha pihak hospital mempromosi amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan masyarakat sekeliling.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr Heric Corray Heric yang melepaskan peserta larian seawal jam 6 pagi berharap program itu bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan lebih erat antara warga KKM dan orang awam, sebaliknya membangkit­kan semangat dan usaha ke arah amalan gaya hidup sihat secara berterusan.

“Bertemakan ‘Keluarga sihat, keluarga bahagia’, lokasi larian tertumpu di sekitar laluan Jalan Pintas menuju ke Austral Park, Jalan Lintas Lido, Taman Foh Sang sehinggala­h sepanjang jalan Kebajikan sebelum menghala balik ke lokasi penamat larian di ruang letak kereta, tempat yang sama larian dilepaskan,” katanya.

Sambil merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua yang terlibat, beliau yakin sambutan ma- syarakat terhadap penganjura­n larian amal sedikit sebanyak membantu pihak hospital mengumpul dana bagi penyelengg­araan pembanguna­n taska hospital seperti yang dirancang.

Pelbagai aktiviti sebelum dan selepas larian disusun atur termasukla­h senaman kesihatan, pameran, gerai jualan serta cabutan tiket bertuah dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang larian.

Pada larian itu, John Njihia meraih tempat pertama bagi kategori lelaki diikuti Fabian Daimon tempat kedua dan ketiga Refson Tirip.

Bagi kategori wanita, pemenang tempat pertama disandang oleh Eyeliah Rubidi, kedua Marlyn Hing William dan ketiga Kona Liau.

Johan, naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM500 dan RM300 berserta sijil penyertaan. Penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Dr Heric sendiri.

Hampir seluruh warga hospital melibatkan hospitalho­spital berdekatan, klinik kesihatan, badan bukan kerajaan (NGO), warga Jabatan Kesihatan negeri serta masyarakat sekeliling berjaya menamatkan larian itu.

 ??  ?? SPIDERMAN antara peserta larian amal yang menjadi tarikan dan berjaya menamatkan larian. ANTARA peserta yang berjaya menamatkan larian itu. EYELIAH menerima hadiah disampaika­n oleh Dr Heric.
ANTARA peserta yang berjaya menamatkan larian di tapak penamat larian sejauh 10km. SEBAHAGIAN peserta tanpa batasan usia berjaya menamatkan larian itu.
SPIDERMAN antara peserta larian amal yang menjadi tarikan dan berjaya menamatkan larian. ANTARA peserta yang berjaya menamatkan larian itu. EYELIAH menerima hadiah disampaika­n oleh Dr Heric. ANTARA peserta yang berjaya menamatkan larian di tapak penamat larian sejauh 10km. SEBAHAGIAN peserta tanpa batasan usia berjaya menamatkan larian itu.
 ??  ??
 ??  ?? TURUT menjalanka­n tugas keselamata­n sepanjang program larian adalah pasukan berbasikal HQE.
TURUT menjalanka­n tugas keselamata­n sepanjang program larian adalah pasukan berbasikal HQE.
 ??  ?? DR HERIC bergambar kenangan bersama para pemenang Larian HQE 2017.
DR HERIC bergambar kenangan bersama para pemenang Larian HQE 2017.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli jawatankua­sa larian amal HQE.
SEBAHAGIAN ahli jawatankua­sa larian amal HQE.
 ??  ?? PARA peserta larian di tapak permulaan.
PARA peserta larian di tapak permulaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia