Utusan Borneo (Sabah)

Kayuhan Amal Seri Tahfiz Al-ilmi Keningau dapat sambutan

-

BUAT pertama kalinya, Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi, Keningau telah mengadakan program kayuhan amal bagi mengumpul dana pembinaan bangunan sekolah berkenaan.

Program itu telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan penyertaan seramai 300 orang mewakili pelbagai kelab basikal seluruh Keningau termasuk dari Labuan, Tawau dan Sandakan.

Acara kayuhan basikal sejauh 24km yang bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi itu telah dilepaskan oleh Ustaz Awang Addi selaku pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi.

Kesemua peserta yang berjaya menamatkan kayuhan diberi pingat sebagai penghargaa­n. Selain itu, para peserta juga berpeluang menyertai cabutan tiket bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Awang dalam ucapan perasmiann­ya melahirkan rasa syukur atas kejayaan program itu yang bukan sahaja bermatlama­t untuk mengumpul dana tetapi turut dapat beriadah dan mengeratka­n silaturahi­m antara peserta dan pihak sekolah.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program itu khususnya para peserta yang telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu acara berlangsun­g.

Antara penaja yang terlibat dalam program itu ialah Tritonic, Poweroot, Group Amway Keningau, Kedai Basikal Soon-Soon, Mile One Cycle, Bank Rakyat Keningau, Tupperware Keningau, Takaful Ikhlas dan Geng Borneo Wishers Sabah.

Program itu juga mendapat kerjasama daripada pihak PDRM, APMM Keningau, Yayasan Sabah, Kelab Permotoran ARC Keningau dan Kelab Motosikal LCKS.

Pengarah Kayuhan Amal Ustaz Syahrul Harith dalam ucapan penutupnya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada seluruh jentera petugas yang bertungkus lumus bekerja demi kejayaan program itu.

Beliau juga berharap agar kelab-kelab basikal yang terlibat akan terus memberi sokongan kepada penganjura­n kayuhan amal pada masa hadapan.

 ??  ?? PARA peserta kayuhan amal bersiap-sedia untuk dilepaskan.
PARA peserta kayuhan amal bersiap-sedia untuk dilepaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia