Utusan Borneo (Sabah)

Murid, guru SK Ansip lawat Taman Pertanian Sabah

-

SERAMAI 58 orang terdiri daripada guru dan murid Tahun Enam SK Ansip, Keningau telah melakukan program melawat sambil belajar ke Taman Pertanian Sabah dan Kilang Kopi Yit Foh di Tenom.

Program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan memberi peluang dan pendedahan kepada para murid khususnya murid Tahun Enam yang akan melangkah ke Tingkatan Satu pada tahun hadapan menimba ilmu dan mengisi masa lapang selepas menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diadakan September lalu.

Ketua Rombongan selaku Penolong Kanan Pentadbira­n SK Ansip Jaafar Abidin ketika ditemui berkata, sejajar dengan halatuju Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam melahirkan insan yang berilmu dan berdaya saing pada masa hadapan maka program seperti itu sangat membantu para murid.

Sementara guru penyelaras lawatan itu, Cikgu Farah Eliza Donggulu berkata, para murid yang terlibat dalam lawatan itu merasakan ia satu program yang sangat menyeronok­kan dan banyak memberi mereka ilmu serta pengetahua­n mengenai spesies tumbuhan, pokok dan bunga-bungaan yang terdapat di Taman Pertanian itu.

Pada lawatan itu, para murid telah dibawa melawat ke Taman Bunga Orkid (Hybrid Orchid Centre), Sabah Garden, Ladang Buah-buahan, kawasan pemelihara­an madu kelulut dan kawasan penanaman spesies pokok yang jarang ditemui.

Salah satu pokok yang menjadi tumpuan ialah spesies pokok ‘Canon ball’.

“Destinasi lawatan pada kali ini bukan sahaja ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di daerah Tenom, tetapi muridmurid juga dibawa melawat ke Kilang Kopi Yit Foh yang terletak kira-kira 2 kilometer sahaja dari Pekan Tenom,” kata Farah.

Turut menyemarak­kan kegembiraa­n para murid adalah semasa mereka menaiki kereta api mini yang membawa mereka melawat ke tempat-tempat yang dilawati sambil menghirup udara nyaman dan melintasi tasik buatan manusia yang terdapat di Taman Pertanian berkenaan, satu-satunya ladang pertanian yang terkenal di negara ini.

Menurut Farah, program itu membabitka­n 46 murid Tahun Enam dan 12 guru yang juga disertai Guru Besar Martin Limar.

Martin berkata, impak daripada lawatan sehari itu sudah tentu memberi banyak manfaat dan pengalaman berguna bukan sahaja kepada para murid khasnya tetapi juga kepada guru-guru.

“Lawatan serupa akan diadakan pada tahun hadapan tetapi kali ini kita akan bawa para murid melawat keluar daerah, iaitu ke Kota Kinabalu di mana lebih banyak tempat yang boleh dilawati,” katanya.

 ??  ?? PARA murid dan guru merakamkan gambar kenangan.
PARA murid dan guru merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? FARAH (duduk, tengah) dan Martin (kanan).
FARAH (duduk, tengah) dan Martin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia