Utusan Borneo (Sabah)

Gabungan guru dan ibu bapa hasilkan kejayaan

-

HARI Anugerah Kecemerlan­gan (HAK) Akademik Sekolah Kebangsaan Pekan Satu 2017 yang diadakan di Dewan SKPS Paling Manang, Labuan pada Ahad berlangsun­g penuh meriah.

Ia kerana kehadiran ibu bapa yang memenuhi dewan itu seawal jam 7.30 pagi untuk meraikan kejayaan dan kecemerlan­gan anak mereka dalam bidang akademik.

Mengulas kehadiran yang memberangs­angkan itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin menyifatka­nnya selaras dengan hasrat ibu bapa sendiri yang mahu mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada guruguru yang menghasilk­an kejayaan anak mereka.

Beliau berharap komitmen dan kerjasama ibu bapa itu akan berterusan khususnya dalam membantu mencemerla­ngkan murid dalam bidang akademik di samping kokurikulu­m dan sahsiah.

Beliau yakin kecemerlan­gan murid adalah hasil gabungan dan kerjasama tiga pihak iaitu guru, ibu bapa dan PIBG.

“Jika ketiga-tiga pihak ini berganding bahu, komited dan saling bekerjasam­a, saya yakin kejayaan dan kecemerlan­gan sentiasa mendamping­i murid dan guru SK Pekan Satu Paling Manang,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlan­gan Akademik SK Pekan Satu 2017.

Turut hadir, Guru Besar SK Pekan Satu Anita Shyamini A/P S Azman Swaminatha­n, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah, Pegawai Perhubunga­n Sekolah ASP Mohd Amy Dazmi Danial, Yang Dipertua PIBG Mamduh Zakaria, Penolong Kanan Pentadbira­n Shawal Abd Rahman, Pemangku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Noorlihan Abd Alip, PK Kokurikulu­m Ruhaiah Jumat dan PK Pendidikan Khas Basneh Jamilide.

Pada majlis itu, Muhammad Afiq Ikram Ramlae dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Murid Gemilang 2017 manakala Nur Aleeya Nazihah M Mahrazi menerima Anugerah Tokoh Kurikulum 2017.

Turut menerima sijil penghargaa­n ialah murid yang cemerlang pada setiap mata pelajaran Tahap Satu dan Tahap Dua serta guruguru SK Pekan Satu dan ibu bapa prihatin.

Majlis HAK 2017 dimeriahka­n dengan persembaha­n nyanyian, bercerita, pidato, tarian dan deklamasi sajak oleh murid-murid.

Dalam ucapannya, Anita berharap tahun 2018 akan membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlan­gan buat murid dan guru SK Pekan Satu.

Beliau berharap sesuai dengan nama sekolah itu, ibu bapa sewajarnya menyedari tanggungja­wab yang perlu dimainkan oleh mereka amatlah besar.

Ia kerana katanya, murid mempunyai masa yang lebih lama berada bersama ibu bapa berbanding masa yang diperuntuk­kan di sekolah.

Justeru, beliau menyeru ibu bapa dan PIBG supaya sentiasa memantau dan bekerja keras melihat perjalanan akademik anak mereka pada setiap hari. “Saya menyeru ibu bapa supaya memantau pergerakan dan disiplin anak mereka ketika berada di rumah kerana sikap baik dan nilai-nilai murni seperti itu akan berterusan ketika mereka berada di sekolah,” katanya.

Anita berharap mulai Januari 2018, ibu bapa akan sentiasa mengambil berat mengenai proses pembelajar­an dan pengajaran anak-anak mereka.

Katanya, kejayaan murid terletak di tangan ibu bapa juga selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru.

Beliau merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua guru dan ibu bapa selama ini.

Beliau juga menasihatk­an murid Tahun Enam supaya mengekalka­n kecemerlan­gan di sekolah menengah kelak seperti mana yang mereka tunjukkan di sekolah rendah.

 ??  ?? ISMAIL menyampaik­an anugerah kepada murid SK Pekan Satu.
ISMAIL menyampaik­an anugerah kepada murid SK Pekan Satu.
 ??  ?? PENERIMA anugerah khas bersama Raisin (tengah) dan tetamu yang lain.
PENERIMA anugerah khas bersama Raisin (tengah) dan tetamu yang lain.
 ??  ?? ANITA (tengah) dan pentadbir bersama Muhammad Afiq dan Nur Aleeya.
ANITA (tengah) dan pentadbir bersama Muhammad Afiq dan Nur Aleeya.
 ??  ?? GURU-GURU SK Pekan Satu gembira meraikan kejayaan anak didik mereka.
GURU-GURU SK Pekan Satu gembira meraikan kejayaan anak didik mereka.
 ??  ?? RAISIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada murid yang cemerlang.
RAISIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada murid yang cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia