Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk nilai kesukanan

43 ahli Kelab Cobra hadiri majlis makan malam dan penyampaia­n hadiah

-

SERAMAI 43 ahli Kelab Cobra menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Badminton Piala Pusingan Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Sabah, yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri.

Fatimah yang juga penaung Kelab Cobra melahirkan rasa terharu atas sambutan dan sokongan ahli kelab dalam menjayakan aktiviti setiap tahun.

Menurut beliau, di samping mengeratka­n silaturahi­m dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan ahli, aktiviti seumpama itu dapat memupuk nilainilai kesukanan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif.

Beliau berharap aktiviti itu akan berterusan setiap tahun.

Majlis makan malam dan penyampaia­n hadiah itu dihiasi dengan hiburan karaoke oleh ahli kekab serta cabutan tiket bertuah.

Dalam majlis ini, beregu Cikgu Leornard dan Nedzone muncul johan. Mereka membawa balik piala pusingan dan wang bernilai RM1,000. Naib johan disandang beregu Arel dan Danial Voo yang menerima RM700 manakala tempat ketiga dimenangi Ramli dan Shamsul yang menerima RM500.

Hadiah keempat dimenangi CKRul dan Saplin yang menerima RM300. Pemain terbaik 2017 menerima piala pusingan dan RM500 dimenangi oleh Nedzone dari DBKK.

Majlis makan malam dan penyampaia­n hadiah diakhiri dengan sesi bergambar bersama Fatimah.

Turut hadir, Penolong Kanan Pentadbira­n Maktab Sabah Samsiah Al Malek dan Biro ICT Exco PIBG Maktab Sabah Abdul Razak Kassim.

Di samping mengeratka­n silaturahi­m dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan ahli, aktiviti seumpama itu dapat memupuk nilai-nilai kesukanan untuk melahirkan masyarakat yang sihat

” dan aktif. DATUK FATIMAH SHARA AHMAD NOOR Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Sabah merangkap penaung Kelab Cobra

 ??  ?? (Gambar kiri) AHLI Kelab Cobra bergambar dengan Fatimah.
(Gambar kiri) AHLI Kelab Cobra bergambar dengan Fatimah.
 ??  ?? PEMENANG cabutan tiket bertuah menerima hadiah daripada Fatimah.
PEMENANG cabutan tiket bertuah menerima hadiah daripada Fatimah.
 ??  ?? PEMENANG kejohanan bergambar bersama hadiah yang mereka menangi.
PEMENANG kejohanan bergambar bersama hadiah yang mereka menangi.
 ??  ?? ANTARA yang hadir pada majlis itu.
ANTARA yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? PEMENANG tempat keempat menerima hadiah daripada Fatimah.
PEMENANG tempat keempat menerima hadiah daripada Fatimah.
 ??  ?? (Gambar atas) FATIMAH berucap pada majlis itu.
(Gambar atas) FATIMAH berucap pada majlis itu.
 ??  ?? NAIB johan menerima hadiah daripada Fatimah.
NAIB johan menerima hadiah daripada Fatimah.
 ??  ?? FATIMAH menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat ketiga.
FATIMAH menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat ketiga.
 ??  ?? PEMAIN terbaik kejohanan menerima hadiah.
PEMAIN terbaik kejohanan menerima hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia