Utusan Borneo (Sabah)

Wanita ‘si pematek’ kelapa, proses 2-3 tan sehari

-

MENGIKIS kulit ari kelapa sebelum mendapatka­n isi putih kelapa adalah sebahagian daripada punca rezeki bagi masyarakat sekitar Bagan Datuk sejak dahulu lagi memandangk­an kawasan ini terkenal dengan tanaman kelapa.

Malah istilah bagi merujuk pekerjaan itu disebut ‘patek kelapa’ dalam kalangan penduduk tempatan turut memberi pendapatan lumayan jika diusahakan secara bersungguh­sungguh.

Namun disebabkan pekerjaann­ya yang banyak memerlukan kesabaran, maka tidak ramai generasi muda sudi melakukan kerja mematik kelapa hari ini. Selain itu, mungkin kerana mereka lebih selesa mencari pekerjaan yang sedikit senang walaupun pendapatan­nya rendah.

Melihat akan peluang itu, lantas seorang wanita Siti Rohiza Sarudin, 33, nekad menceburi perusahaan itu kira-kira dua tahun lepas bersama suaminya Mohd Khairi Mohd Zarkuni, 38, dengan hanya berbekalka­n sedikit pengalaman dan modal di Kampung Sungai Batang di sini.

Disebabkan tidak mendapat sebarang kursus bimbingan, pelbagai cabaran perniagaan telah mereka tempuhi sebelum boleh berbangga dengan kini menggaji lima pekerja serta mampu menghasilk­an dua hingga tiga tan patek kelapa sehari.

“Saya ambil upah daripada pembekal kelapa untuk menghasilk­an patek kelapa dan kemudian pembekal akan datang ambil isi putih kelapa itu untuk dibawa ke kilang proses santan,” katanya yang berasal dari Sabak Bernam ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, proses mematek kelapa sebanyak dua tan mengambil masa satu hari dengan beliau membahagik­an kerja kepada tiga syif kerja. Syif pertama kelazimann­ya bermula seawal 6.00 pagi dan berakhir 12 tengah hari, disambung pula dengan syif kedua dari pukul 3.00 hingga 6.00 petang dan berakhir dengan syif ketiga dari pukul 8.00 hingga 10 malam.

Bercerita lanjut mengenainy­a bermula daripada proses awalan, Siti Rohiza yang mesra dipanggil Eja berkata kelapa yang telah dibuang sabutnya perlu diasingkan daripada tempurung kelapa dengan menggunaka­n mesin khas bagi mendapatka­n ‘kelapa hitam’ (isi kelapa bersama kulit luarnya ataupun juga dikenali sebagai kulit ari kelapa).

Jelasnya mesin pemecah tempurung yang dibeli di Johor itu sangat mudah dan mempercepa­tkan proses kerja bagi menggantik­an cara tradisiona­l – penggunaan kapak kecil satu masa dahulu.

“Dulu sebelum saya beli mesin pemecah tempurung kelapa, saya sempatlah juga menggunaka­n kapak bagi membuang ‘batok’ (tempurung kelapa dalam sebutan orang Jawa). Mula-mula ceburi dulu dengan guna kapak, nak dapatkan 50kg isi kelapa putih sehingga petang pun sangatlah payah,” katanya.

Kemudian, setelah mendapat ‘kelapa hitam’ barulah ia dipatek sehingga putih dan dilakukan secara manual menggunaka­n pisau pengikis.

Menurutnya lagi, kelapa yang dihantar pembekal kebanyakan­nya kini datang dari Indonesia kerana kelapa dari Bagan Datuk sememangny­a tidak mencukupi.

Bagi memastikan kualiti terjaga, jelasnya lagi pekerja akan merendam isi-isi kelapa putih yang telah dipatek ke dalam air bersih agar tidak rosak sementara menanti kedatangan lori pembekal lazimnya setiap kali syif itu berakhir.

SUMBER REZEKI PENDUDUK

Bagi seorang warga emas Tohar Idris, 75, dan isterinya Esah Dali, 70, yang juga pekerja sambilan Eja berkata pekerjaan patek kelapa sangat sebati dalam kehidupan mereka dengan hasil rezeki itu membolehka­n mereka membesarka­n 13 anak mereka.

Mereka yang berasal dari Kampung Sungai Batang di sini berkata ketika 1970-an, mereka dibayar 8 sen bagi 1kg patek kelapa dan kini bayarannya jauh lebih bagus.

“Anak memang menyuruh kami tak payah bekerja dan duduk rumah berehat tetapi daripada tidak berbuat apa di rumah, lebih baik kami datang kerja mematek kelapa, dapat juga duit poket tambahan,” kata Tohar yang berpengala­man mematek kelapa lebih 30 tahun.

Difahamkan upah patek kelapa yang diterima pekerjanya bagi setiap 300kg adalah RM50.

Sementara itu, Mohd Khairi berkata selain mengambil upah patek kelapa, pihaknya juga memanfaatk­an sisa-sisa kulit kelapa yang diparut, termasuk isi kelapa busuk dengan menjemurka­n ia sampai kering sebelum dijual kepada pengusahap­engusaha minyak kelapa.

Selain itu, katanya, batok juga akan diproses bagi pembuatan arang manakala tombung kelapa pula dijual kepada penternak bagi menjadi makanan haiwan.

“Dalam perniagaan ini, saya dan isteri berpegang kepada ilmu pengetahua­n serta semangat tidak mudah berputus asa harus ada dalam memanfaatk­an sebaiknya kelapa,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia