Utusan Borneo (Sabah)

Program MARA banyak beri manfaat kepada masyarakat

-

PROGRAM yang dilaksanak­an oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) banyak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, agensi tersebut juga banyak membawa perubahan seterusnya memperkasa­kan rakyat daripada pelbagai sudut.

“Ia merangkumi pendidikan, sosial ekonomi, kemahiran dan sebagainya.

“Peranan MARA amat relevan dengan keperluan masa kini yang berkehenda­kkan masyarakat terlibat dalam ekonomi berpendapa­tan tinggi sekali gus meningkatk­an taraf hidup,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Program Hati Emas Kemahiran MARA - Kapit 2017 di Rumah Empawi Sawa Ibak, Nanga Sekukut, Sungai Yong di Kapit, malam kelmarin.

Program ini adalah anjuran Institut Kemahiran MARA Bintulu dengan kerjasama MARA yang bertemakan ‘Belia Berkemahir­an Pemangkin Ngemangsan­gka Menua Pesisir’ yang telah berlangsun­g dari 15 hingga 18 November.

Terdahulu, pada sebelah petangnya Nanta serta tetamu kenamaan lain turut meninjau tapak projek Projek Inovasi dengan beberapa projek dilaksanak­an seperti Greenhouse Unit, Aquaponic System, Fertigatio­n System, Solar Power selain daripada program khidmat masyarakat bersama penduduk di Rumah Empawi itu.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Tapau Ata, Pengarah MARA Negeri Dr Azmi Murjan, Pegawai Daerah Kapit Elvis Dindit, Tuai Rumah Empawi serta tetamu jemputan yang lain.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, program itu adalah untuk memastikan masyarakat setempat terus mendapat faedah daripada perkongsia­n ilmu dan terus berpengeta­huan luas dalam menjadi sebuah masyarakat yang lebih efektif dan terus maju.

“Ini adalah antara semangat Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam menyahut agenda transforma­si yang digerakkan oleh kerajaan, dengan merealisas­ikan visi KKLW iaitu Membandark­an Luar Bandar dengan moto Komuniti Berdaya Desa Berjaya.

“Dalam menyahut seruan Pelaksanaa­n Transforma­si 2050 (TN50) yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada awal Januari 2017 kita haruslah bersedia untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050 untuk menjadi sebuah negara maju dalam pembanguna­n ekonomi, kesejahter­aan rakyat dan inovasi dengan melihat belia akan terus berminat untuk memajukan kawasan luar bandar,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, aspirasi Transforma­si 2050 (TN50) dalam usaha KKLW membandark­an kawasan luar bandar dengan merapatkan jurang perbezaan dari segi infrastruk­tur dan kemakmuran ekonomi antara bandar dan luar bandar, dengan penghijrah­an semula belia ke luar bandar.

 ??  ?? TINJAU: Datuk Alexander Nanta Linggi (empat kiri) serta yang lain sedang mendengar taklimat mengenai projek inovasi di Rumah Empawi, Nanga Sekukut, Sungai Yong di Kapit, kelmarin.
TINJAU: Datuk Alexander Nanta Linggi (empat kiri) serta yang lain sedang mendengar taklimat mengenai projek inovasi di Rumah Empawi, Nanga Sekukut, Sungai Yong di Kapit, kelmarin.
 ??  ?? TERTARIK: Datuk Alexander Nanta Linggi melihat sendiri salah satu hasil tanaman projek Aquaponic & Fertigatio­n System.
TERTARIK: Datuk Alexander Nanta Linggi melihat sendiri salah satu hasil tanaman projek Aquaponic & Fertigatio­n System.
 ??  ?? HADIRIN: Sebahagian daripada penduduk yang hadir pada majlis penutupan Program Hati Emas Kemahiran Mara 2017-Kapit.
HADIRIN: Sebahagian daripada penduduk yang hadir pada majlis penutupan Program Hati Emas Kemahiran Mara 2017-Kapit.
 ??  ?? AMANAT: Datuk Alexander Nanta Linggi berucap sempena Majlis Penutupan Program Hati Emas Kemahiran Mara 2017-Kapit.
AMANAT: Datuk Alexander Nanta Linggi berucap sempena Majlis Penutupan Program Hati Emas Kemahiran Mara 2017-Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia