Utusan Borneo (Sabah)

Tuisyen Rakyat@KKLW bantu tingkat prestasi pelajar

Ringan beban ibu bapa dalam memberi peluang pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka

- Oleh Andy Sabang dan Watt Zacchaeus

Oleh itu, program Tuisyen Rakyat@KKLW ini merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk membantu meningkatk­an prestasi pelajar luar bandar. Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri KKLW

PROGRAM Tuisyen Rakyat@KKLW yang dilancarka­n pada 1 Jun 2016 dan dikendalik­an Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bertujuan membantu meringanka­n beban ibu bapa dalam memberi peluang pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka.

Dengan matlamat meningkatk­an prestasi pelajar, inisiatif yang memfokuska­n calon- calon peperiksaa­n UPSR dan SPM di kawasan luar bandar ini memberi tumpuan kepada kelas bimbingan tambahan secara percuma yang dilaksanak­an melalui kerjasama agensi-agensi pelaksana di bawah kementeria­n seperti YPM, RISDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH, KEJORA, KEDA dan JAKOA.

Pelaksanaa­n Tuisyen Rakyat@KKLW ini berkonsepk­an Tanggungja­wab Sosial Komuniti (CSR) oleh agensi pelaksana iaitu dengan menggunaka­n peruntukan dalaman jabatan atau agensi masingmasi­ng.

Sepanjang 2017, KKLW telah memperuntu­kkan sejumlah RM9.2 juta dengan sasaran 30,000 pelajar di 400 pusat.

Setakat ini, terdapat 565 pusat yang beroperasi dengan memberi khidmat percuma kepada 28,720 pelajar SPM dan UPSR dengan jumlah pelajar meningkat dari semasa ke semasa.

Di Sarawak sahaja terdapat enam pusat tuisyen di bawah YPM melibatkan MRSM Betong, MRSM Mukah, MRSM Kuching, PPD Kapit, SK Matu dan SK Pulo dengan kerjasama di antara Parlimen Betong, Parlimen Mukah, Parlimen Petra Jaya, Parlimen Kapit, Parlimen Santubong.

Pendekatan yang diberi kepada kelas Tuisyen Rakyat@ KKLW ini adalah kesinambun­gan daripada aktiviti sekolah harian dengan tumpuan kepada teknik belajar secara berkesan, latih tubi bagi lima subjek utama, teknik menjawab soalan peperiksaa­n dan motivasi kepada pelajar dan ibu bapa.

Timbalan Menteri KKLW Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, program berkenaan dilihat relevan dan akan diteruskan khususnya kepada pelajar luar bandar.

Katanya, walaupun pendidikan di bawah Kementeria­n Pendidikan, namun bagi KKLW tumpuan akan diberi kepada masyarakat luar bandar sama ada dalam pembanguna­n infrastruk­tur mahupun pendidikan.

“Oleh itu, program Tuisyen Rakyat@KKLW ini merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk membantu meningkatk­an prestasi pelajar luar bandar,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Penutupan Program Engagement MARA & Tuisyen Rakyat KKLW/YPM Peringkat Daerah Kapit, Jumaat lepas.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Tapah Ata, Pengarah MARA Negeri Sarawak Dr Azmi Murjan dan Pegawai Daerah Kapit Elvis Dindit.

Pelajar Freda Bada, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit 2 berkata, tuisyen berkenaan bakal memberi manfaat kepada pelajar terutamany­a dalam memperbaik­i teknik menjawab soalan.

“Menerusi tuisyen ini, saya harap dapat memperbaik­i subjek Bahasa Inggeris terutama bahagian karangan seterusnya memperoleh semua A dalam sembilan subjek,” katanya.

Seorang lagi pelajar dari SMK Kapit 2 Lee Ingan, 17, memberitah­u beliau bersyukur menjadi antara pelajar dari sekolahnya yang terpilih mengikuti program itu.

“Saya yakin program ini akan dapat membantu saya meningkatk­an teknik-teknik menjawab soalan peperiksaa­n. Ia juga menyuntik semangat saya untuk belajar dengan lebih gigih,” ujarnya.

 ??  ?? Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah) bersama tetamu serta pelajar merakamkan gambar kenangan.
Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah) bersama tetamu serta pelajar merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? Para pelajar SMK Kapit 2 sedang mengisi borang semasa mengunjung­i pameran salah satu institusi di bawah naungan MARA.
Para pelajar SMK Kapit 2 sedang mengisi borang semasa mengunjung­i pameran salah satu institusi di bawah naungan MARA.
 ??  ?? Datuk Alexander Nanta Linggi (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Dr Azmi Murjan sebaik sahaja majlis tersebut berakhir.
Datuk Alexander Nanta Linggi (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Dr Azmi Murjan sebaik sahaja majlis tersebut berakhir.
 ??  ?? FREDA
FREDA
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia