Utusan Borneo (Sabah)

Peter De Roo memilih untuk berdiam diri

-

KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo memilih untuk berdiam diri ketika diminta mengulas keputusan satu mesyuarat khas FAM berhubung prestasi buruk pasukan kebangsaan ketika ini.

Susulan kekalahan 1-4 skuad Harimau Malaya di tangan Korea Utara pada perlawanan pertama aksi Kelayakan Piala Asia 2019, Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan dikeluarka­n badan induk itu minggu lepas berkata satu mesyuarat bersama De Roo akan diadakan sebaik skuad negara pulang ke tanahair.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, mesyuarat tersebut bertujuan membincang­kan satu kaedah penambahba­ikan dari segenap aspek buat pasukan kebangsaan di bawah kendalian Nelo Vingada.

Bagaimanap­un, De Roo, 47, yang memulakan tugasnya bersama FAM pada Julai lalu dalam usaha badan induk itu menyusun semula struktur pembanguna­n bola sepak negara hanya ‘mengunci mulut’ ketika ditemui pemberita di Wisma FAM baru-baru ini.

“Kamu nakal. Saya harap anda tidak keberatan jika saya tidak menjawab soalan itu,” jelas bekas pemain profesiona­l yang memiliki 12 tahun pengalaman beraksi di liga divisyen 2 Belanda itu.

Prestasi buruk skuad kebangsaan dengan hanya sekadar meraih satu keputusan seri dalam tujuh perlawanan di bawah bimbingan Nelo Vingada mendapat perhatian ramai apatah lagi ia menutup peluang skuad kebangsaan layak ke saingan Piala Asia 2019.

Pada masa sama, nasib Vingada selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan turut menjadi tanda tanya. Segelintir bintang legenda dan pengkritik bola sepak negara berpendapa­t Vingada harus dipecat, namun sehingga kini FAM masih belum membuat sebarang keputusan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia