Utusan Borneo (Sabah)

Perlumbaan perahu naga tarik 672 peserta

-

MELAKA: Perlumbaan perahu naga sempena Festival Antarabang­sa Sungai Melaka ke-11 disertai 672 peserta melibatkan 48 pasukan dari dalam dan luar negara dalam perlumbaan yang berlangsun­g di muara Sungai Melaka di sini, pada Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Nazary Ahmad berkata pemenang yang bakal menjulang piala pusingan ‘Asian Dragon Boat Award’ selain hadiah wang tunai RM2,000 itu dijangka diketahui lewat petang ini.

Beliau berkata perlumbaan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu terbuka bagi pasukan luar Melaka termasuk dari luar negara manakala tertutup bagi pasukan dari negeri itu, dan juara kategori itu akan berentap bagi merebut piala pusingan tersebut.

“Perlumbaan­perahunaga­ini antara 10 acara antarabang­sa yang diatur bagi menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara sempena Festival Antarabang­sa Sungai Melaka ke-11,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlumbaan itu di sini, pada Ahad.

Katanya antara pasukan tempatan yang menyertai pelumbaan tersebut termasuk PolisDiraj­aMalaysia,Akademi Laut Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Multimedia dan Universiti Kuala Lumpur manakala peserta antarabang­sa dari negara Singapura, Brunei dan Thailand.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap perahu akan berlumba sejauh 200 meter dan acara berkenaan menggunaka­n sistem liga, manakala pemenang tempat pertama hingga keenam bagi kedua-dua kategori masingmasi­ng akan membawa pulang wang tunai RM200 hingga RM2,000. -Bernama

 ??  ?? PESERTA Perahu Naga ketika dalam perlumbaan di muara Sungai Melaka pada Ahad. -Gambar Bernama
PESERTA Perahu Naga ketika dalam perlumbaan di muara Sungai Melaka pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia