Utusan Borneo (Sabah)

Rogol anak jiran: Bekas banduan kena 20 tahun, 10 sebatan

Rogol anak jiran hingga lahirkan bayi

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang bekas banduan dikenakan penjara 20 tahun dan 10 sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin kerana merogol anak jirannya sehingga melahirkan bayi.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jikau Gani, 52, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 13 tahun empat bulan pada waktu kejadian, pertengaha­n Mei tahun lalu jam 12.30 tengah hari di dalam bilik sebuah rumah kampung, di Kuala Penyu.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 6 September tahun lalu, pengadu dimaklumka­n anak sulungnya bahawa mangsa didapati mengandung lima bulan, selepas menjalani pemeriksaa­n di hospital, kerana dirogol tertuduh.

Hasil siasatan, mangsa mengatakan dirogol di bilik tidur tertuduh, ketika kejadian mangsa menjerit untuk meminta pertolonga­n tetapi tiada siapa yang mendengar.

Tertuduh seorang bekas banduan pada 2002, dikenakan penjara selama tempoh 10 tahun atas kesalahan yang sama.

Pada 24 Januari, mangsa melahirkan seorang bayi dimana hasil pemeriksaa­n yang dilakukan, DNA bayi terbabit sepadan dengan DNA mangsa dan tertuduh.

Semasa rayuan, Jikau yang kelihatan tenang hanya memohon hukumannya diringanka­n.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim meminta hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh, kerana keseriusan dan kekerapan kesalahan.

“Tindakan tertuduh menyebabka­n mangsa melahirkan bayi pada usia yang sangat muda. Kesalahan itu dilakukan dengan paksaan dan diakui tertuduh.

“Walaupun tertuduh berusia melebihi 50 tahun, mengikut Seksyen 286 Kanun Prosedur Jenayah tertuduh boleh dikenakan sebat,” katanya dan meminta pampasan diberikan kepada mangsa.

Selain itu, Azreena juga mengarahka­n tertuduh membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM10,000 atau penjara enam bulan, disamping pengawasan polis selama dua tahun.

“Tindakante­rtuduhmeny­ebabkanman­gsa melahirkan bayi pada usia yang sangat muda. Kesalahan itu dilakukan dengan paksaan dan diakui tertuduh. Walaupun tertuduh berusia melebihi 50 tahun, mengikut Seksyen 286 Kanun Prosedur Jenayah tertuduh boleh dikenakan sebat.

HUSNA ABD HALIM

Timbalan Pendakwara­ya

 ??  ?? JIKAU (kiri) keluar dari kamar mahkamah.
JIKAU (kiri) keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia