Utusan Borneo (Sabah)

58 pelayar sertai Sandakan Regatta bermula Jumaat

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Sandakan Regatta/Sandakan River Race/Sabah Closed 2017 yang bermula 24 November akan menyaksika­n penyertaan pelayar dari Brunei Darussalam untuk tahun kedua berturut-turut.

Commodore Kelab Layar Sandakan (SYC) Paul Wong berkata sebanyak 58 peserta dari Persatuan Pelayar Sabah, Kelab Layar Tentera Laut Diraja Malaysia Kota Kinabalu, Kelab Layar Kinabalu, Kelab Layar Tawau, SYC dan Brunei Darussalam akan mengambil bahagian dalam regatta tiga hari itu.

“Regatta ini adalah acara perlumbaan akhir bagi Persatuan Pelayar Sabah dalam kalender tahunan yang mempunyai pelayar-pelayar terkemuka di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata regatta ini yang dianjurkan oleh SYC dengan kerjasama Persatuan Pelayar Sabah, adalah acara pelayaran terbesar di pantai timur Sabah menggabung­kan Sabah Closed yang disahkan oleh Persatuan Pelayar Sabah sebagai acara ranking pelayarpel­ayar negeri Sabah.

Paul turut mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri, Majlis Perbandara­n Sandakan, Polis Marin Sandakan, polis daerah Sandakan, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia, St. John Ambulance, agensi kerajaan yang berkaitan, wakil rakyat, individu dan ahli-ahli kelab kerana memberi bantuan kepada acara berkenaan selama bertahun-tahun.

Menurut Paul, Sabah Internatio­nal Dairies Sdn Bhd (SID) adalah penaja rasmi Sandakan Regatta 2017 manakala Felcra Berhad dan Alam Motivasi Sdn Bhd selaku penaja bersama.

SID adalah sebuah syarikat di Sabah yang terlibat dalam pembuatan, pembungkus­an dan pemasaran produk susu UHT (UHT Low Fat Milk, UHT Flavoured Milk, UHT Recombined Full Cream Milk) dan juga pasteurisa­si susu segar.

Selain daripada pasaran tempatan di Sabah, ia juga mengekspor­t produk susu UHT di bawah nama ‘Tenusu Harian’ (Daily Dairy) ke Negara Brunei Darussalam, Labuan, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Rear Commodore SYC yang juga pengerusi penganjur James Leong dan jurulatih pelayar SYC Mohamad Mostaman Ismail.

 ??  ?? PAUL (tengah) bersama James (kiri) dan Mostaman (kanan) semasa sidang media itu.
PAUL (tengah) bersama James (kiri) dan Mostaman (kanan) semasa sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia