Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai pihak beri reaksi positif Bajet Sabah 2018

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pelbagai pihak terdiri ahli politik, pemimpin masyarakat dan pesara kerajaan memberikan reaksi positif ke atas Bajet Sabah 2018 yang dapat membantu kesejahter­aan seluruh rakyat di negeri ini.

Ketua Penerangan Umno Keningau Azman Haji Ruslan berkata, sesuai dengan tema ‘Memperkasa­kan Ekonomi, Mensejahte­rakan Rakyat’, ia sangat tepat dan bersifat inklusif yang dapat membahagia­kan rakyat keseluruha­n.

Katanya, sebagai rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman, sudah tentu mengharapk­an pembanguna­n yang lebih rancak terutama pembinaan kemudahan di kampungkam­pung.

“Anak-anak muda di perkampung­an pedalaman juga menjangkak­an bajet yang boleh membantu mereka terutama dalam bidang keusahawan­an, kemahiran dan peluang di era digital ekonomi.

“Saya melihat ia telah diberi perhatian utama bajet yang dibentangk­an oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman. Tahniah dan terima kasih kepada pimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah,” katanya.

Mantan Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Tambunan Haji Kaipin Haji Rusmin menyifatka­n bajet negeri Sabah memberi keselesaan kepada aliran ekonomi dalam negeri dan nasional memandangk­an varian di antara hasil dan anggaran perbelanja­an menggambar­kan lebihan RM64.89 juta.

Katanya, bajet itu seiring dengan halatuju kerajaan menjadikan Sabah sebuah negeri yang maju dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai, sejahtera dan harmoni.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Dangulad James Kini berkata bajet terbaik dan inklusif dan diharap pelaksanaa­nnya lebih berkesan dan telus, tidak menimbulka­n keraguan kepada rakyat.

Penggerak Perpaduan kawasan Sook Kahirin Bador menyifatka­n Bajet Sabah sangat mengambilk­ira keperluan akar umbi terutama berkaitan kesejahter­aan dan pembanguna­n infrastruk­tur rakyat termasukla­h pembanguna­n belia, wanita dan juga penjawat awam.

Beliau meminta rakyat Sabah menyokong usaha kerajaan BN agar segala dasar pembanguna­n dapat berjalan baik dan lancar untuk rakyat keseluruha­nnya.

Pemaju Mukim Tuarid Liawan Rafus Gahim mengucapka­n tahniah kepada kerajaan pimpinan Ketua Menteri yang memberi perhatian kepada golongan sasar terdiri usahawan, belia, wanita, orang kelainan upaya selain mereka yang berpendapa­tan sederhana dan rendah di luar bandar.

“Rakyat pedalaman juga berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan Kolej Komuniti Tambunan bagi melahirkan rakyat yang memiliki kemahiran tinggi dan menjadi usahawan yang berjaya.

“Saya cadangkan agar kerajaan dapat menaiktara­f Kolej Komuniti Tambunan terutama dari segi penginapan atau asrama pelajar luar yang belajar di kolej ini,” katanya.

Ketua Daerah Tenom OKK David Jani berpendapa­t Bajet Sabah tahun hadapan menunjukka­n kemampuan kepimpinan kerajaan BN Sabah yang jelas menunjukka­n prestasi terbaik dan komited dalam semua bidang demi kesejahter­aan rakyat.

Dalam program pendidikan, bantuan kepada pelajar sekolah rendah diteruskan bagi meringanka­n bebanan ibu bapa khususnya yang kurang berkemampu­an.

“Kita yakin ibu bapa mempunyai tanggungja­wab dan harapan tinggi agar bantuan itu dapat melahirkan kecemerlan­gan kepada anakanak.

“Peruntukan bagi menambah baik kualiti kemudahan kereta api, penyelengg­araan dan penaiktara­fan landasan dari Halogilat ke Tenom, amat dialu-alukan rakyat dan sudah tentu penantian selama ini menggembir­akan rakyat di pedalaman.

“Dengan penambahba­ikan kemudahan yang lebih berkualiti, sistem pengangkut­an ini dapat menyumbang kepada peningkata­n ekonomi para petani daerah Tenom,” katanya.

Soal keselamata­n, terutama masalah pendatang tanpa izin (PTI), beliau turut berharap agar diberi keutamaan agar keselamata­n rakyat dan negeri ini terus terjamin dan terpelihar­a daripada masalah sosial dan jenayah.

Mantan guru besar, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik berkata belanjawan negeri itu lebih menjurus kepada keperluan rakyat di luar bandar.

Beliau berharap ia sampai kepada sasarannya selain dapat dimanfaat sepenuhnya oleh rakyat khususnya mereka yang di bawah paras kemiskinan.

Seorang penduduk Bingkor, Alizan Haji Majid menyifatka­n Bajet Sabah 2018 adalah belanjawan yang bijak, mantap, konsisten dan holistik.

Katanya, ia lebih kepada mesra rakyat dengan mengutamak­an golongan wanita, ibu tunggal, orang kelainan upaya, warga emas, belia dan mereka yang kurang berkemampu­an.

Selain itu, katanya, bajet itu turut memfokuska­n kepada prasarana rakyat seperti bekalan air bersih terawat, jalan raya, bekalan elektrik, jambatan, pembanguna­n pendidikan dan kesihatan.

“Saya percaya di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, Sabah akan menjadi sebuah negeri yang maju dan termoden menjelang Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Murut Borneo Sabah Bersatu (Borneo) Garius Pukin menyifatka­n bajet itu berita baik kepada seluruh rakyat negeri ini.

Bagaimanap­un, beliau meminta jabatan dan agensi kerajaan terutama Pejabat Daerah memainkan peranan menyegerak­an penyampaia­n maklumat yang disediakan kerajaan agar sampai kepada rakyat di kampungkam­pung.

 ??  ?? YAZID
YAZID
 ??  ?? DAVID
DAVID
 ??  ?? ALIZAN
ALIZAN
 ??  ?? GARIUS
GARIUS
 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia