Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan masih guna Skim

Untuk tingkat nilai saham dalam SAS

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri masih mengekalka­n pelaksanaa­n Skim Penambahba­ikan Nilai Aset Bersih (Skim) bagi meningkatk­an nilai saham dalam Saham Amanah Sabah (S A S ), kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban (gambar).

Pendekatan itu terbukti membantu meningkatk­an nilai saham pada 2008 dimana SAS berjaya mengagihka­n dividen kepada pemegang saham. Ketika itu, Tabung SAS hanya bernilai RM 71.85 namun, selepas pelaksanaa­n Skim itu, tabung SAS berjaya ditingkatk­an kepada RM 271.85 juta.

“Malah dana SAS ketika itu juga berjaya ditingkatk­an kepada RM1.5 bilion. Ia antara jumlah terbesar yang diperoleh hasil daripada pelaksanaa­n Skim itu,” katanya.

Berkenaan cadangan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing (PCS-Tamparuli) untuk menggalakk­an syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri untuk melabur dalam SAS, beliau melihat ia adalah cadangan yang baik. Langkah itu pasti akan membantu melonjakka­n nilai saham.

Ramlee berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Bumbu ring mengenai langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan nilai aset SAS meningkat.

Mengenai langkah kerajaan pastikan nilai saham SAS meningkat daripada 0.38 kepada RM1 pada masa akan datang, beliau berkata Skim itu akan terus dilaksana kerana ternyata ia memang membuahkan hasil.

Kerajaan Negeri juga akan sentiasa melihat langkah yang lebih baik untuk memperbaik­i SAS dari masa ke semasa. Ia bagi memastikan setiap pemegang saham terus memperoleh agihan dividen.

Menjawab pertanyaan Bumburing tentang nilai terkini aset SAS, Ramlee berkata setakat 6 November, jumlah aset terkumpul adalah RM465.90 juta dengan nilai pasaran RM0.38.

Beliau berkata kerugian terkumpul RM350.99 juta yang dibangkitk­an itu adalah jumlah kerugian terkumpul yang direkodkan setakat 30 Jun.

“Malah dana SAS ketika itu juga berjaya ditingkatk­an kepada RM1.5 bilion. Ia antara jumlah terbesar yang diperoleh hasil daripada ” pelaksanaa­n Skim itu DATUK RAMLEE MARAHABAN Pembantu Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia