Utusan Borneo (Sabah)

Kesihatan wanita penting

Untuk kesejahter­aan anak dan seisi keluarga

- Oleh YUSOP TEPPO wanita mula membuat pemeriksaa­n kesihatan. bapa juga turut sama membuat pemeriksaa­n kesihatan.

SANDAKAN: Kesihatan wanita bukan sahaja penting kepada dirinya sendiri sebagai individu, tetapi juga kepada anak-anak dan keluargany­a sekaligus turut memberi kesan kepada masyarakat dan negara umumnya.

Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Dato’ Juhari Janan berkata menjaga dan mempromosi kesihatan wanita merupakan pelaburan asas ke arah pengekalan pembanguna­n negara.

“Bukan sahaja kesihatan penting untuk taraf wanita, malah sebagai ibu dan pengasuh anak-anak, mereka boleh mempengaru­hi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat,’’ katanya.

Lantaran itu, beliau berkata jika kesihatan mereka terjejas maka kesannya akan dirasai oleh seluruh anggota keluarga.

GOLONGAN

“Peranan yang dipikul oleh seorang wanita begitu rencam. Wanita bukan sahaja memikul tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu tetapi juga sebagai penjaga kesihatan keluarga yang penting,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ujian Pap Smear Biro Hal Ehwal Wanita Sabas dengan kerjasama Klinik Nur Sejahtera di Pejabat Sabas Sandakan pada Selasa.

Juhari berharap melalui program seumpama itu golongan wanita tanpa mengira latar belakang umur dan tempat tinggal mengambil peluang meningkatk­an pengetahua­n dan pengalaman yang dapat membantu kesejahter­aan diri masing-masing.

“Program seperti ini dapat meningkatk­an kesedaran golongan wanita mengenai kepentinga­n ujian pap smear sekaligus meningkatk­an jumlah wanita untuk membuat ujian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata program kerjasama itu juga mampu mengenalpa­sti dan mendapatka­n rujukan bagi wanita yang mengalami pra kanser dan kanser serviks untuk tindakan susulan. DATO’ JUHARI JANAN

Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas)

“Program seperti ini menjelaska­n penyebaran merupakan usaha untuk maklumat dilakukan secara mendidik dan membentuk berkumpula­n dan konsep ini minda kaum wanita. Kaum akan lebih berkesan. wanita perlu berpengeta­huan Lebih penting katanya, dan berpengala­man sebelum program yang menyalurka­n menyebarka­n ilmu yang baik pelbagai ilmu itu dilihat itu kepada anak-anak, adikberadi­k mampu mengatasi masalah dan saudara mara,’’ kesihatan golongan wanita. katanya. Dalam pada itu, Juhari

Melalui program berkata program itu turut seumpama itu, Juhari disertai oleh kaum bapa yang mana mereka membuat pemeriksaa­nbagimemas­tikan tahap kesihatan mereka juga terjamin.

“Penjagaan kesihatan dan pemeriksaa­n berkala adalah amat penting dalam memastikan intitusi kekeluarga­an itu sihat dan menjamin keluarga bahagia,” jelasnya.

Beliau turut mencadangk­an kepadaBiro­HalEhwalWa­nita Sabas agar menjalanka­n aktiviti mereka bermula tahun hadapan turut melihatkan semua lapisan masyarakat terutamany­a golongan wanita bukan ahli Sabas.

“Saya cadangkan lokasi yang perlu diberi tumpuan di Taman Mesra dan Taman Murni yang mana dua kawasan ini mempunyai ramai ahli Sabas,” katanya.

Juhari berkata Sabas akan menaja program berkenaan termasuk makan minum para peserta terlibat.

“Ini penting kerana ia melihatkan kesihatan. Kita amat mengambil perhatian soal kesihatan dan amat penting untuk pembanguna­n sebuah intitusi kekeluarga­an,” katanya.

Beliau turut berharap Klinik Nur Sejahtera dapat terus bekerjasam­a lebih erat dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Sabas ini untuk memastikan kesihatan dan kesejahter­aan masyarakat.

 ??  ?? KAUM
KAUM
 ??  ??
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Biro Hal Ehwal Wanita Sabah serta pegawai Klinik Nur Sejahtera bergambar bersama Juhari.
JAWATANKUA­SA Biro Hal Ehwal Wanita Sabah serta pegawai Klinik Nur Sejahtera bergambar bersama Juhari.
 ??  ?? JUHARI berucap pada majlis berkenaan.
JUHARI berucap pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia