Utusan Borneo (Sabah)

Tidak boleh bergantung kepada sektor perkhidmat­an semata-mata

-

SABAH tidak boleh bergantung kepada sektor perkhidmat­an sematamata dalam meningkatk­an Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapitanya.

Chan Foong Hin (DAPSri Tanjong) berkata, sektor perkhidmat­an di Sabah bukan aktiviti ekonomi yang berada di rantaian nilai yang lebih tinggi.

Dalam aspek ekonomi maju jelasnya, sektor perkhidmat­an yang menyumbang­kan nilai tinggi adalah komunikasi teknologi maklumat (ICT), kewangan dan industri inovasi.

Namun katanya, sektor perkhidmat­an di negeri ini merujuk kepada kedai runcit, pemandu pelancong, gerai-gerai makanan yang jauh berbeza dari segi produktivi­ti.

“Sektor ekonomi yang menjadi penyumbang terbesar kepada Sabah ialah perkhidmat­an dengan 40.8 peratus KDNK iaitu RM30.1 bilion.

“KDNK per kapita Sabah tahun lepas adalah sebanyak RM21,081 berbanding KDNK per kapita Sarawak RM44,333.

“Sehubungan itu, saya berpendapa­t, Bajet Sabah 2018 ini dalam merangka strategi pembanguna­n Sabah dengan RM134 juta diperuntuk­kan untuk industrida­npembuatan­tidak mencukupi,” jelasnya ketika membahaska­n usulnya.

Beliau berkata, sedangkan sektor pertanian menerima peruntukan RM509.7 juta dan RM228 juta untuk pelanconga­n.

Chan berkata, sasaran untuk meningkatk­an sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK negeri sebanyak 15 peratus menjelang 2020 adalah kurang bercita-cita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia