Utusan Borneo (Sabah)

Ops Sarang 14 berjaya tangkap 19 orang

-

KOTA BELUD: Ops Sarang Ke-14 Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud berjaya menangkap 19 orang atas pelbagai kesalahan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata, operasi itu adalah susulan Ops Sarang Ke-13 yang berjaya menangkap seramai 18 lelaki dan seorang perempuan atas pelbagai kesalahan di bawah akta dadah dan jenayah.

Katanya polis berjaya merampas semula sebuah TV jenama LG, satu Water Jet Bosch, satu penyedut hampagas Sumo dan alat penyembur asap yang dilaporkan hilang pada Oktober lepas di Kampung Semberai setelah tertangkap­nya dua pemuda dalam lingkungan umur 20an semasa Ops Sarang di Kampung Lebak Engad.

Beliau berkata, operasi itu dilaksanak­an oleh semua cawangan IPD Kota Belud dengan kerjasama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Operasi bermula dari jam 3 hingga 10 pagi yang melibatkan beberapa kampung iaitu Kg Kota Belu, Kg Lebak Engad, Kg Jawi Jawi, Kg Kuala Abai, Kg Ijuk dan Kg Wakap.

“Ops itu juga berjaya merampas satu paket plastik lutsinar disyaki mengandung­i dadah syabu seberat 5.43 gram, 13 paket plastik lutsinar disyaki dadah syabu seberat 5.61 gram dan tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah syabu 0.3 gram dan dua orang disyaki terlibat dengan kes kecurian,” katanya.

Zaidi berkata, operasi itu akan diteruskan bagi membantera­s kegiatan dadah dan mengurangk­an kes jenayah di daerah ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya masyarakat memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat mengenai sebarang jenayah di kawasan masing-masing.

 ??  ?? ZAIDI (dua kiri) bersama pegawainya menunjukka­n kes rampasan.
ZAIDI (dua kiri) bersama pegawainya menunjukka­n kes rampasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia