Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian: Pemuda kena 13 tahun

Sebabkan kematian lelaki 44 tahun

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang pemuda yang menyebabka­n kematian seorang lelaki kerana tidak berpuas hati mengenai bayaran minuman keras (montoku), dikenakan penjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jexssion Gunsalam, 27, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah.

Tertuduh menyebabka­n kematian Peternius Kisong, 44, pada 3 Januari 2013 jam 9 malam, di sebuah gerai tepi jalan Kampung Rangalau, Jalan Tamparuli-Kiulu, Tuaran.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 30 tahun atau dengan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada hari sama tertuduh menuju ke gerai tempat di mana tertuduh dan mangsa meminum montoku.

Apabila melihat mangsa sedang tidur, tertuduh bertindak mengambil batu kemudian menghentak kepala mangsa.

Kemudian tertuduh membuang batu berkenaan lalu mengambil kayu berdekatan gerai, terus memukul kepala mangsa beberapa kali.

Selepas itu, tertuduh menghumban mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ke dalam parit di belakang gerai.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh marah kepada mangsa kerana tidak mahu berkongsi membeli minuman keras.

Ketika rayuan, Jexssion yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, kerana mahu menjaga ibu bapanya yang sudah tua.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja menegaskan, tempoh penjara yang lama harus dikenakan terhadap tertuduh, dengan mengambil kira keseriusan kesalahan.

Tambahnya, perbuatan tertuduh juga menyebabka­n mangsa kehilangan nyawanya.

“Tertuduh menyebabka­n kematian Peternius Kisong, 44, pada 3 Januari 2013 jam 9 malam, di sebuah gerai tepi jalan Kampung Rangalau, Jalan Tamparuli-Kiulu, Tuaran.

 ??  ??
 ??  ?? JEXSSION (kanan) diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman.
JEXSSION (kanan) diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia