Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah GPM Terbaik 2017, Karnival Pembestari­an Sekolah Daerah Tawau

-

TAWAU: Majlis Anugerah Karnival Pembestari­an Sekolah Daerah Tawau telah berlangsun­g pada Jumaat bertempat di Dewan SJKC Sin Hwa, di sini.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Haji Darman Shah Haji Asakil.

Ia bertujuan memberi penghargaa­n serta hadiah kepada para peserta pertanding­an program sepanjang karnival itu yang berlangsun­gdaribulan­Oktober sehingga 15 November.

Antara pertanding­an yang dijalankan sepanjang karnival itu ialah Tokoh Nilam Murid, Tokoh Nilam Guru, Guru Nilam Terbaik, Guru Perpustaka­an dan Media Terbaik, Jejak Maklumat, Literasi Maklumat dan banyak lagi pertanding­an berbentuk digital.

Penerima Anugerah Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) Terbaik Cikgu Irebeh Sabara mengucapka­n terima kasih kepada Pusat Kegiatan Guru Tawau atas penghargaa­n dan kepercayaa­n yang diberikan kepada beliau.

Beliau juga berterima kasih kepada rakan-rakan GPM Tawau yang banyak membantu, berkongsi ilmu GPM dan rakan GPM secara maya.

Walaupun dunia GPM bagi beliau masih di peringkat awal kerana baru menceburi bidang itu pada tahun 2015 namun, berkat usaha dan kegigihan serta minat terhadap bidang pengurusan menjadikan beliau berjaya membuktika­n dengan anugerah yang diperolehi. berkecimpu­ng dalam dunia GPM, tidak dinafikan banyak rintangan diharungi bersama ahli jawatankua­sa pusat sumber sekolah (AJK PSS) namun bukan penghalang dan mematahkan semangat beliau untuk terus membantu Pusat Sumber Sekolah SK Holy Trinity muncul johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Kategori Sekolah RendahBand­arDaerah Tawau pada 2016. Kemudianny­a, mewakili Daerah Tawau ke APSS Zon Tenggara pada 18 Februari 2017, juga mendapat johan dan seterusnya mewakili Zon Tenggara ke peringkat Negeri Sabah untuk meraih johan dalam APSS Kategori Sekolah Rendah Bandar semasa sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah di Daerah Kudat pada 22 Mei 2017.

Irebeh berkata, dalam kerjaya sebagai GPM memerlukan keikhlasan, minat dan komitmen terhadap amanah yang diberikan barulah impak akan dirasai dalam kepuasan diri dalam kerjaya.

“Pahit manis, suka duka yang dirasai oleh seorang yang bergelar GPM dapat disimpulka­n sebagai pelangi dunia,” katanya.

 ??  ?? PARA pemenang Anugerah GPM terbaik 2017 Daerah Tawau (dari kanan) Irebeh Sabara, Prasad Ridwan dan Nuraini Pawellangi. Sepanjang tiga tahun GAMBAR kenangan semasa menerima Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kategori Sekolah Bandar Peringkat Negeri Sabah...
PARA pemenang Anugerah GPM terbaik 2017 Daerah Tawau (dari kanan) Irebeh Sabara, Prasad Ridwan dan Nuraini Pawellangi. Sepanjang tiga tahun GAMBAR kenangan semasa menerima Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kategori Sekolah Bandar Peringkat Negeri Sabah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia