Utusan Borneo (Sabah)

Edar ganja, tukang masak diperintah bela diri

Dua pertuduhan edar ganja

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang tukang masak diperintah­kan membela dirinya pada 5 Disember, oleh Mahkamah Tinggidisi­ni,ataspertud­uhan mengedar ganja.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arsahd membuat keputusan itu terhadap Noel Harry Bungan, 27, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar ganja seberat 2,811 gram pada 10 Mei tahun lalu jam 5.40 petang di dekat kawasan tandas Pos Laju Kota Kinabalu.

Kedua, pada 11 Mei tahun lalu jam 10.45 pagi di Kargo AirAsia, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini, tertuduh mengedar ganja seberat 3,768 gram.

Setiap pertuduhan itu, Noel didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Peguam Dato’ Rakhir Singh memberitah­u mahkamah, anak guamnya akan memberikan keterangan bersumpah di dalam kandang saksi.

Sementara itu, enam saksi dipanggil pihak pendakwaan untuk memberikan keterangan ketika perbicaraa­n.

Kini Noel direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayahseh­inggakesbe­rkenaan selesai.

Di Mahkamah Majistret, seorang lelaki didakwa atas pertuduhan membantu melupuskan sebanyak 36 botol minuman keras, disyaki harta curi.

Bagaimanap­un Kamarul Sahar@ Saharaf, 33, yang didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh tujuh tahun atau dengan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melupuskan semua minuman keras berkenaan yang bernilai RM1,200 milik seorang lelaki berusia 35 tahun.

Kesalahan dilakukan bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 10 November jam 11.09 pagi di Kampung Tombovo, Jalan Putatan.

Mahkamah menetapkan pada 12 Disember untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, yang dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 deposit RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin.

“Setiap pertuduhan itu, Noel didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia