Utusan Borneo (Sabah)

LIMA PEKERJA PARAH

Pencawang SESB terbakar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Lima pekerja lelaki parah disambar api dalam kebakaran pencawang elektrik Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) di Api-Api di sini, malam Rabu.

Empat daripada mangsa berumur 25 hingga 65 tahun kini dirawat di Zon Kritikal Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) manakala seorang mangsa berumur 56 tahun ditempatka­n di Zon Separa Kritikal, berikutan hanya melecur 20 peratus pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata hasil siasatan awal mendapati berlaku letupan di pencawang terbabit sebelum berlaku kebakaran disebabkan kerosakan pada komponen elektrik.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kemudian memadamkan kebakaran sebelum menyelamat­kan lima pekerja SESB yang melecur teruk di bahagian badan.

“Punca kejadian bagaimanap­un masih dalam siasatan oleh pihak SESB,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Sailin Jun berkata kesemua pekerja mengalami kecederaan selepas terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja pembaikan di pencawang itu.

“Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.57 malam dan bergegas ke lokasi bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba, kita mendapati kebakaran berpunca daripada ‘Oil Suis Gear’ yang terdapat pada pencawang berkenaan,” katanya.

Menurutnya anggota bomba menggunaka­n tiga unit alat pemadam api (APA) bagi memadamkan kebakaran di kawasan pencawang sebelum menyelamat­kan kesemua mangsa lalu dihantar ke hospital menggunaka­n ambulans serta kenderaan awam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan empat individu mengalami kecederaan ringan selepas terbabit kemalangan di Jalan Papar-Kota Kinabalu pada jam 10.18 malam Rabu.

Pegawai Bomba Kanan II Sulaiman Menin berkata kemalangan membabitka­n motosikal jenis Kawasaki yang melanggar kereta Perodua Kancil.

“Dua mangsa wanita masing-masing berumur 58 dan 64 tahun yang berada di kereta Perodua Kancil manakala dua mangsa lelaki berumur 21 tahun mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa keadaan motosikal jenis Kawasaki selepas kemalangan itu.
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan motosikal jenis Kawasaki selepas kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia