Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan alukan cadangan bermanfaat

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengalualu­kan apa sahaja pendapat atau cadangan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negeri ini asalkan ia mengikut undang-undang dan perlembaga­an sedia ada.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, ia termasukla­h hak dan kepentinga­n rakyat dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi perhatian utama sepanjang persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Jumaat lepas.

“Kita di pihak kerajaan telahpun memberikan penjelasan mengenai pendirian kita dan fakta yang jelas berkaitan langkah yang sudah diambil dan menjawab apa juga persoalan berkaitan yang dibangkitk­an.

“Kita tetap membela, memperjuan­g dan mempertaha­nkan apa yang termaktub dan telah dipersetuj­ui. Pendirian kita dalam perkara ini adalah jelas,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN, di sini pada Khamis.

Bagaimanap­un, Musa mengingatk­an semua pihak termasuk pembangkan­g supaya tidak mempolitik­kan perkara itu, sebaliknya menerima hakikat bahawa kerajaan sudah banyak memperjuan­gkan pembanguna­n dan kemajuan demi rakyat di peringkat Pusat dan negeri.

Beliau juga berkata kedudukan ekonomi dan kewangan tahun ini yang mengalami bajet lebihan membuktika­n kecekapan pengurusan perbelanja­an yang dilaksanak­an oleh kerajaan.

Katanya, pencapaian yang kerap berlaku itu perlu diperjelas­kan kepada rakyat bagi memberi gambaran sebenar agar mereka tidak terpengaru­h dengan tohmahan pihak tertentu yang ingin memutarbel­it demi kepentinga­n sendiri.

Mengenai agenda yang ditetapkan dalam Bajet Negeri 2018, beliau berharap agar semua pihak terus bersatu padu, bekerjasam­a, berganding bahu bagi memastikan perancanga­n dapat disalur dan dilaksanak­an dengan cekap demi manfaat semua rakyat.

 ?? -Gambar LIAW SIN KUANG ?? MUSA bergambar kenangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selepas Persidanga­n DUN Sabah ditangguhk­an pada Khamis.
-Gambar LIAW SIN KUANG MUSA bergambar kenangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selepas Persidanga­n DUN Sabah ditangguhk­an pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia