Utusan Borneo (Sabah)

Penghormat­an kepada penduduk pedalaman

Ghani ucap terima kasih kepada KM atas pemilihan sebagai Senator

-

KOTA KINABALU: Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman atas kepercayaa­n dan penghormat­an yang diberikan kepadanya.

Katanya, pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara kepadanya adalah satu bentuk penghormat­an kepada seluruh penduduk yang berasal dari kawasan pedalaman khususnya Pensiangan.

“Inilah konsep Barisan Nasional (BN) yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bahawa parti ini akan terus membantu dan bekerja sehingga pilihan raya untuk mendengar rintihan dari akar umbi mengenai permasalah­an di kawasan pedalaman.

“Justeru, dengan pelantikan ini, saya akan terus berkhidmat dan memperjela­skan segala isu yang dilemparka­n oleh pembangkan­gkepadaker­ajaan seterusnya memperbetu­lkan apa yang salah,” katanya.

Ghani, 55, berasal dari Nabawan menyandang jawatan Ketua Umno bahagian Pensiangan sejak 2004 sehingga kini.

Sebelum itu dalam persidanga­n DUN, Speaker Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali meluluskan pemilihan Abdul Ghani sebagai Ahli Dewan Negara.

Cadangan pemilihan berkenaan dikemukaka­n Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Seramai 51 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bersetuju dengan cadangan itu dan tiada Adun yang tidak bersetuju atau berkecuali. Beliau menggantik­an Senator Datuk Abdul Kadzim Md Yahya yang tamat pada 22 Disember 2017.

Syed Abas berkata pemilihan Abdul Ghani sebagai Ahli Dewan Negara akan disahkan kepada Speaker Dewan Negara mengikut Perlembaga­an Persekutua­n.

 ??  ?? GHANI (tiga kanan) bersalaman dengan Pairin di DUN selepas dipilih sebagai Senator, sambil disaksikan pembantu menteri dan wakil rakyat yang lain.
GHANI (tiga kanan) bersalaman dengan Pairin di DUN selepas dipilih sebagai Senator, sambil disaksikan pembantu menteri dan wakil rakyat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia