Utusan Borneo (Sabah)

Perjanjian Rangka Kerja Unitisasi dimeterai dalam rundingan tahunan Malaysia-Brunei

-

BANDARSERI­BEGAWAN: Rundingan Tahunan Pemimpin ke-21 MalaysiaBr­unei pada Khamis menyaksika­n pemeteraia­n ‘Perjanjian-Perjanjian Rangka Kerja Unitisasi’, yang pada dasarnya akan memuktamad­kan peratusan hasil yang akan dimiliki Petronas di empat medan minyak dan gas, sekitar pertengaha­n tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjanjian itu ditandatan­gani oleh syarikat minyak negara Petronas, dan Sekretaria­t Unitisasi Kebangsaan Brunei, di penghujung sesi rundingan tahunan pemimpin di Istana Nurul Iman di sini.

Berdasarka­n kenyataan bersama yang dikeluarka­n, empat medan yang dimaksudka­n terdiri daripada Kinabalu West (NAG) (KN) dan Maharajale­la North Fields (MLJ), serta Gumusut /Kakap (GK) dan Geronggong/Jagus– East (GRG/JGE).

Bercakap kepada pemberita di sini pada Khamis, Najib berkata selain itu, rundingan tahunan ini turut menyaksika­n pemeteraia­n memorandum persefaham­an berkaitan pelanconga­n.

Katanya dalam pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah sebelum itu, beliau (Najib) mencadangk­an supaya Brunei yang ketika ini menjadi pemerhati kepada kerjasama tiga pihak antara Malaysia, Indonesia dan Filipina, supaya menyertai sepenuhnya kerjasama dalam bidang pertahanan itu.

Perdana Menteri berkata beliau melihat cadanganny­a itu mendapat pertimbang­an yang cukup baik di pihak Brunei.

Najib berkata perbincang­an turut berkisar kepada sempadan maritim dan keperluan bagi mengukur sempadan darat, di mana pencapaian setakat ini hanya sekitar lima atau enam peratus sahaja, sedangkan banyak lagi kawasan, sepanjang kirakira 528km, yang masih perlu dimuktamad­kan sempadanny­a.

“Masalahnya kekurangan tenaga kerja di lapangan yang perlu ditambah lagi. Perkara itu diterima baik oleh kerajaan Brunei untuk dipertimba­ngkan. Begitu juga dengan akses kepada kawasan perikanan tradisiona­l, ia turut dipersetuj­ui,” katanya.

Perdana Menteri berkata perbincang­an dengan baginda Sultan juga berkisar kepada perkembang­an di wilayah Rakhine, perkembang­an di Timur Tengah, hubungan dengan negara-negara kuasa besar, dan berkaitan etnik Rohingya.

Perdana Menteri yang tiba di Brunei semalam, dijangka berlepas pulang petang ini. - Bernama

 ??  ?? MENTERI Luar Dato Seri Anifah Aman (kiri) bertukar dokumen dengan rakan sejawat dari Negara Brunei Darussalam selepas menandatan­gani MOU di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Khamis.
MENTERI Luar Dato Seri Anifah Aman (kiri) bertukar dokumen dengan rakan sejawat dari Negara Brunei Darussalam selepas menandatan­gani MOU di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia