Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan tegah penjualan rokok ‘kiddie pack’

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan pada Khamis sekali lagi menegaskan tidak akan sesekali menyokong langkah penjualan rokok ‘kiddie pack’ atau pek mini, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penjualan rokok “kiddie pack” yang mengandung­i kuantiti kurang daripada 20 batang dan lebih murah hanya akan menarik lebih ramai perokok terutamany­a remaja.

“Kementeria­n memandang serius amalan merokok di negara ini yang merupakan faktor risiko kepada pelbagai masalah kesihatan dan kematian pra-matang.

“Larangan penjualan rokok ‘kiddie pack’ adalah untuk membendung masalah penggunaan rokok dalam kalangan remaja,” katanya ketika menjawab soalan asal Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) berhubung perkara tersebut pada sesi soal jawab.

Dr Hilmi berkata negara ASEAN lain juga mengambil langkah melarang pembungkus­an rokok dalam pek mini dan sehingga kini hanya empat negara di rantau ini masih belum melaksanak­an kawalan tersebut iaitu Thailand, Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) mengenai keberkesan­an penguatkua­saan larangan merokok dalam kalangan remaja, Dr Hilmi berkata satu cadangan untuk mewujudkan undang-undang baharu berkaitan produk tembakau kini sedang diteliti Jabatan Peguam Negara (AG).

Beliau berkata cadangan menaikkan had umur membeli dan menjual rokok dari 18 kepada 21 tahun akan dibentangk­an di Parlimen setelah mendapat penelitian daripada AG. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia