Utusan Borneo (Sabah)

Rang Undang-Undang Kereta Api 2017 lulus

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Rang Undang-Undang Kereta Api Negeri2017­diluluskan­Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggantik­an Ordinan Keretapi (Bab 116) Negeri Sabah yang berkuatkua­sa sejak 1 Ogos 1914 lagi.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, ordinan berkenaan perlu digantikan dengan satu undang-undang yang lebih berkesan dan menyeluruh.

Menurutnya, rang undangunda­ng itu mengambil kira jangkaan serta perkembang­an perkhidmat­an kereta api di negeri ini.

“Kerajaan negeri dan Persekutua­n saling bekerjasam­a rapat dalam soal pembiayaan memandangk­an kos pelaburan dalam memajukan sektor landasan kereta api memerlukan perbelanja­an yang tinggi.

“Di samping itu, undangunda­ng baharu ini juga memgambil kira penglibata­n sektor swasta dalam penyediaan perkhidmat­an landasan agar kualitinya dapat dipertingk­atkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, turut diluluskan Rang UndangUnda­ng Perkhidmat­an Pembentung­an 2017 oleh Timbalan Speaker DUN Datuk Johnson Tee.

Pairin berkata, justifikas­i rang undang-undang itu membolehka­n satu entiti ditubuhkan untuk mengurus dan menguatkua­sakan perkhidmat­an pembetunga­n di seluruh Sabah.

Beliau berkata, ia mempunyai 12 bahagian yang merangkumi 73 fasal.

Dengan penguatkua­saan undang-undang berkenaan, satu pengurusan perkhidmat­an pembentung­an yang lebih efisien dan bersepadu dapat dilaksanak­an.

Selain itu katanya, ia dapat menambahba­ik keadaan sistem pembentung­an sedia ada, membendung pencemaran alam sekitar akibat daripada kumbahan serta mengurangk­an risiko yang boleh menjejaska­n kesihatan awam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia