Utusan Borneo (Sabah)

Penghantar­an pulang terbesar

Babitkan PTI warga Indonesia

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Penghantar­an pulang seramai 302 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia ke negara asal mereka berjalan lancar di Terminal Feri Tawau, di sini, kira-kira jam 3 petang Khamis.

Ia menjadikan program siri keempat itu sebagai merekodkan kumpulan PTI warga Indonesia yang terbesar pernah dihantar pulang dari Sabah, sepanjang tahun ini.

Ketua Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata kesemua PTI terbabit ditahan oleh Unit Pengusiran Tawau, Unit Pengusiran­KotaKinaba­ludan Unit Pengusiran Sandakan.

“Mereka terdiri daripada 197 orang dari Kota Kinabalu, 70 orang dari Sandakan dan 35 orang dari Tawau yang berusia tiga bulan sehingga 75 tahun,” katanya.

Kesemua PTI terlibat terdiri 204 lelaki dewasa, 71 perempuan dewasa, 15 kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak perempuan yang dihantar pulang ke Nunukan, Indonesia.

Noraini berkata PTI terbabit ditahan oleh Imigresen di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sebelum ini kerana didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen.

“Ada juga yang baru sahaja menjalani hukuman penjara berdasarka­n perintah mahkamah (mengaku/disabit bersalah) selepas ditahan agensi lain,” katanya.

Pihaknya turut mengesan ada di antara PTI yang dihantar pulang kali ini, melakukan kes berulang kerana pernah ditahan untuk kesalahan serupa.

Bagaimanap­un, beliau mengesahka­n urusan pengusiran yang diadakan berjalan lancar malah tidak ada sebarang kecederaan ataupun insiden tidak diingini berlaku.

“Kita harap kes-kes melibatkan warga asing masuk ke negara ini tanpa dokumen sah tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang dengan adanya kerjasama semua pihak.

“Termasukla­h masyarakat dan begitu juga kita mengharapk­an kerjasama negara jiran untuk melihat pelbagai kesan yang wujud akibat kehadiran PTI di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Noraini berkata kerja pengusiran itu diketuai TPPI Shariffudi­n Salim serta turut mendapat kerjasamaM­ajlisKesel­amatan Negara (MKN) dan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

“Mereka terdiri daripada 197 orang dari Kota Kinabalu, 70 orang dari Sandakan dan 35 orang dari Tawau yang berusia tiga bulan sehingga 75 tahun.

NORAINI RASI Ketua Imigresen Tawau

 ??  ?? SERAMAI 302 PTI warga Indonesia dihantar pulang ke Nunukan melalui Terminal Feri Tawau.
(Kanan)
SERAMAI 302 PTI warga Indonesia dihantar pulang ke Nunukan melalui Terminal Feri Tawau. (Kanan)
 ??  ?? NORAINI
NORAINI
 ??  ?? KESEMUA PTI terlibat dihantar pulang ke negara asal mereka menggunaka­n feri penumpang.
KESEMUA PTI terlibat dihantar pulang ke negara asal mereka menggunaka­n feri penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia