Utusan Borneo (Sabah)

Pandikar Amin tegur MP kaitkan isu agama dan politik

-

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Khamis menegur anggota parlimen Shah Alam kerana mengganggu aturan mesyuarat dan kerap mencelah semasa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan jawapan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Semasa sesi yang sedang membincang­kan isu agama dan perkembang­an kumpulan atheis dalam negara, Khalid Abd Samad (AmanahShah Alam) mencelah membangkit­kan beberapa perkara berupa dakwaan mengaitkan agama dan politik.

Tindakan Khalid yang kerap mencelah dan tidak memberi peluang kepada Asyraf Wajdi untuk terus menjawab telah mengundang kemarahan Pandikar Amin, seterusnya memberi amaran untuk mengarahka­n Khalid keluar dewan sekiranya masih terus berdegil.

“Saya yang menimbang sama ada apa yang dihujah itu melanggar peraturan atau tidak. YB Shah Alam tadi cakap, saya teliti, tetapi dihujung hujah dikaitkan politik daripada agama.

“Apabila menteri beri jawapan, bermakna hujah yang dipolitikk­an terpaksa dijawab dengan politik,” kata Pandikar Amin.

Asyraf Wajdi kemudian berkata beliau terpaksa menjawab secara politik kerana tuduhan yang dilemparka­n kepada kerajaan oleh pembangkan­g adalah tidak berasas.

“Walaupun Islam adalah agama persekutua­n namun Islam agama yang adil dan mengiktira­f kebersamaa­n, selain meraikan kepelbagai­an agama di negara ini. Tiada dalam dunia mana-mana agama yang ada patung Buddha terbesar di Asia, patung Hindu terbesar di Asia tetapi kita tidak pernah mengalami pemberonta­kan dan ketidakpua­san hati kerana Islam yang dibawa Barisan Nasional tidak pernah mendiskrim­inasi sesiapa,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) mengenai perkembang­an Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur, Asyraf Wajdi berkata ideologi itu adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaa­n Kepada Tuhan.

Jelasnya, Perlembaga­an juga menyatakan bahawa kerajaan boleh mengadakan apa-apa peruntukan undang-undang untuk menyekat doktrin atau pemahaman yang menggangug­ugat agama Islam.

“Bagi bukan Islam, ia bercanggah dengan undang-undang ketenteram­an awam dan kemoralan dan sekiranya ada pihak cuba sebar ideologi seperti Atheis yang cuba menyangkal kesucian agamaagama lain, ia boleh diambil di bawah Akta Hasutan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia