Utusan Borneo (Sabah)

Pecah masuk bilik sewa, lelaki kena 14 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis, atas kesalahan pecah masuk ke dalam sebuah bilik sewa.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nizam Hassim, 31, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM5,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 16 Oktober jam 8.40 pagi, di Penampang Baru, Penampang.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen, selepas tamat tempoh hukuman.

Dalam mahkamah berasingan, tertuduh sekali lagi dikenakan penjara 12 bulan kerana mencuri dompet milik seorang wanita.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nizam, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh sepuluh tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mencuri dompet berkenaan yang mengandung­i MyKad, dua kad ATM dan sebuah telefon bimbit dengan anggaran kerugian sebanyak RM250.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada hari dan di tempat yang sama.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin dan Insp Rasydan Jasni melakukan pendakwaan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia