Utusan Borneo (Sabah)

Bot tidak tiba ke Pulau Mengalum atau kembali ke Kota Kinabalu: Saksi

-

KOTA KINABALU: Saya menghubung­i pejabat syarikat Chaus Nature bercakap dengan juragan bernama Gaga, dan beliau berkata bot milik Leong tidak tiba di Pulau Mengalum atau kembali ke Kota Kinabalu, demikian saksi ke-22 memberitah­u Mahkamah Sesyen di sini Khamis, berhubung kejadian bot karam pada awal tahun ini.

You Denqin, 37, seorang ejen pelanconga­n memberikan keterangan­nya di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim, ketika menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F. Mirchelle Sambatan.

Beliau menghubung­i syarikat berkenaan selepas Leong Vin Jee, 44, bertanya kepadanya sama ada bot berkenaan sudah kembali atau tidak.

“Selepas itu saya menghubung­i Leong, memberitah­u bot terbabit tidak tiba ke Pulau Mengalum atau kembali ke Kota Kinabalu.

“Mungkin ada kecemasan, saya menyuruhny­a membuat laporan polis. Tetapi Leong memberitah­u dia sibuk di lapangan terbang, dan meminta saya menghubung­i Alex,” katanya yang berasal dari negara China.

You juga meminta syarikat Chaus Nature Tours and Travel Sdn Bhd untuk menghubung­i Pasukan Polis Marin (PPM), tetapi pihak PPM memberitah­u perlu menunggu laporan polis daripada Leong.

“Saya berkali-kali menghubung­i Leong sehingga akhirnya menghubung­i isterinya, dan isterinya memberitah­u Leong berada di lapangan terbang sedang mengambil orang,” katanya.

Ekoran daripada itu, beliau menghubung­i Alex untuk membuat laporan polis dan laporan diserahkan kepada pihak Maritim untuk tindakan selanjutny­a.

Keesokan hari, anggota Maritim berjaya menemukan semula pelancong-pelancong berkenaan, namun tidak semua berjaya diselamatk­an, dua daripadany­a lemas.

You menyatakan tidak akan menyerahka­n pelancongp­elancong berkenaan kepada Leong, sekiranya tahu bot terbabit hanya mampu menampung 12 penumpang dalam satu-satu masa.

Tambahnya, jika mengetahui tidak boleh mengambil dan menurunkan penumpang di jeti Kampung Air, beliau tidak akan membenarka­n semua pelancong terbabit menaiki bot berkenaan.

Sehari sebelum kejadian, beliau menghubung­i Leong untuk bertanya jika ada kekosongan kerana ingin menyerahka­n 23 pelancong dari China kepadanya.

“Leong mengatakan ada, selepas itu saya bertanya perlu menunggu di pelabuhan mana? Beliau memberitah­u di jeti Tanjung Aru,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga dapat mengenalpa­sti Sharezza Salian, 26, sebagai juragan yang mengemudi bot berkenaan pada hari kejadian.

Terdahulu, You menjelaska­n Chaus Nature memberikan­nya kebenaran untuk membantu syarikat berkenaan menguruska­n pelancong China yang hanya tahu berbahasa Cina.

Mengikut pertuduhan Leong, Chung Ket Siew, 64, dan Sharezza didakwa dengan cuai membahayak­an nyawa para penumpang bot dan menyebabka­n kematian.

Sharezza sebagai juragan bot didakwa membahayak­an nyawa 20 pelancong China pada 28 Januari jam 10 pagi hingga jam 11 pagi, di perairan Pulau Mengalum, di sini.

Leong sebagai pengurus operasi dan Chung pengarah Syarikat Golden Sailing Travel and Tour Sdn Bhd, masingmasi­ng didakwa membenarka­n Sharezza membawa bot ke laut dan menyebabka­n kecederaan terhadap semua penumpang bot berkenaan.

Untuk itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 304 A kanun sama, atas pertuduhan menyebabka­n kematian secara cuai.

Leong dan Sharezza juga didakwa gagal menyediaka­n peralatan keselamata­n seperti didalam Jadual Keempat dalam Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung dan Leong juga dituduh gagal mengemukak­an lesen membawa bot penumpang mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung pemilik berdaftar ke atas bot berkenaan didakwa mengikut Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008, kerana tidak memberikan peringatan kepada Leong mengenai Sharezza sebagai juragan kepada pihak berkuasa.

Terakhir, Leong dan Sharezza juga didakwa menaikkan 30 penumpang berserta krew di jeti haram di Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, yang didakwa mengikut Seksyen 13 peraturan sama.

Peguam Hamid Ismail dibantu peguam Michell Rosana Osman dan Benazir Japiril dari Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK) mewakili Sharezza, manakala Leong dan Chung diwakili peguam Edward Paul dan Alffie Jonney.

 ??  ?? YOU DENQIN
YOU DENQIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia