Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah Lima kes penyakit tertinggi

Penyakit TB antara yang membimbang­kan

-

KOTA KINABALU: Lima jenis penyakit berjangkit tertinggi dilaporkan di negeri Sabah adalah kes tuberculos­is (TB) iaitu sebanyak 4,251, demam denggi 2,074 kes, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) 1,803 kes, malaria 1,660 kes dan keracunan makanan 1,448 kes.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah (gambar) berkata, bagi kes notifikasi penyakit TB, semua daerah ada melaporkan kejadian kes jangkitan penyakit berkenaan.

“Sebanyak 4,251 kes telah dilaporkan sehingga 11 November 2017, iaitu peningkata­n sebanyak 1.12 peratus berbanding minggu epid yang sama pada tahun 2016,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Muis Picho (BN-Sebatik).

Lima daerah melaporkan kes TB tertinggi adalah Kota Kinabalu (711), Tawau (436), Sandakan (414), Lahad Datu (288) dan Semporna (287).

“Jumlah notifikasi warga asing yang dilaporkan menghidap TB di negeri Sabah adalah sebanyak 1,186 kes,” katanya.

Edward berkata, antara langkah kawalan dan pencegahan yang telah dilaksanak­an oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia termasukla­h perkhidmat­an bas saringan TB bergerak (Mobile x-ray) melalui ujian x-ray dada kepada penduduk tempatan yang berisiko tinggi.

Katanya, antara langkah yang diambil termasukla­h memperting­katkan sistem pengesanan/diagnos dan rawatan awal dengan cara menyediaka­n kemudahan peralatan dan kelengkapa­n perubatan di semua fasiliti kesihatan agar dapat mengurangk­an morbiditi dan montaliti.

Menjalanka­nsiasatans­egera terhadap semua kes penyakit berjangkit yang dilaporkan ke pejabat kesihatan daerah untuk mengenalpa­sti punca jangkitan dan memutuskan rangkaian jangkitan.

Menjalanka­n aktiviti saringan terhadap semua kontak terdekat kes penyakit berjangkit untuk memastikan agar semua kontak adalah bebas dari jangkitan atau diberi rawatan segera.

Meningkatk­an kemahiran anggota kesihatan dalam melaksanak­an aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit melalui penganjura­n latihan amali, kursus, bengkel, simulasi dan seminar berkaitan penyakitpe­nyakit yang endemik di negeri Sabah.

Meningkatk­an keupayaan analisis makmal di Makmal Kesihatan Awam, Kota Kinabalu serta hospital dan klinik kesihatan di seluruh Sabah supaya diagnosa penyakit berjangkit dapat ditentukan dengan lebih cepat.

Memperkema­skan laporan awal penyakit berjangkit melalui pelaksanaa­n sistem enotifikas­i penyakit berjangkit dari stesen pelapor ke pejabat kesihatan daerah terdekat untuk maksud pengesanan awal kejadian kes/wabak.

“Sebanyak 4,251 kes telah dilaporkan sehingga11­November20­17,iaitupenin­gkatan sebanyak 1.12 peratus berbanding minggu epid yang sama pada tahun 2016.

DATUK EDWARD YONG OUI FAH Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor (kanan) dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang (kiri).
MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor (kanan) dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia