Utusan Borneo (Sabah)

Negara perlukan modal insan berilmu pengetahua­n

-

KUALA PENYU: Negara memerlukan tenaga kerja yang berilmu pengetahua­n dan berkualiti bagi menjana ekonomi dengan mampan untuk mencapai status negara maju.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata semua itu hanya akan dapat dicapai berdasarka­n keupayaan serta kebolehan melalui sistem pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang boleh mengisi keperluan pembanguna­n negara yang lebih mencabar pada masa akan datang.

“Inilah sebenarnya cabaran besar negara dalam melahirkan modal insan yang berilmu pengetahua­n dan berkualiti dalam mengharung­i cabaran untuk menjadi negara maju seiring dengan pelan Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya ketika berucap merasmikan Hari Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar SK Kekapor pada Rabu.

Hadir sama ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Jomizan Jurin, Guru Besar SK Kekapor Ismail Musrah dan Yang Dipertua PIBG Ahmad Shah Julin.

Mohd Fadzlee yang juga pengerusi Biro Pendidikan Umno Beaufort meminta ibu bapa memainkan peranan memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam bidang pendidikan sejak bersekolah di peringkat tadika sehinggala­h ke institusi pengajian tinggi.

“Sikap cakna ibu bapa terhadap soal pendidikan anak-anak perlu menjadi keutamaan tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru guru sematamata,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatk­an pelajar dan ibu bapa dalam ledakan teknologi maklumat yang dilalui generasi ketika ini, mereka seharusnya memiliki kemahiran untuk menilai dan memilih sendiri lambakan maklumat yang sampai, agar dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu.

 ??  ?? MOHD Fadzlee diiringi oleh Ismail ketika menyampaik­an sijil anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar.
MOHD Fadzlee diiringi oleh Ismail ketika menyampaik­an sijil anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia