Utusan Borneo (Sabah)

Impian akhirnya jadi kenyataan

Lima pelajar pascasiswa­zah kongsi kegembiraa­n bergraduan

-

KOTA KINABALU: Menamatkan­pengajiand­alam tempoh yang ditetapkan pasti menjadi impian para pelajar khususnya di peringkat pascasiswa­zah.

Itulah pengalaman yang dikongsi oleh lima pelajar pascasiswa­zah Universiti MalaysiaSa­bah(UMS)Kampus Antarabang­sa Labuan (KAL) yang berjaya menamatkan pengajian dengan status Graduate On Time (GOT) pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-19.

Mereka ialah Dr Azlina Bujang yang bergraduan dalam Ijazah Doktor Falsafah Teknologi Maklumat dan Dr Muhammad Safuan Yusoff bagi Ijazah Doktor Falsafah Perniagaan Antarabang­sa.

Manakala tiga yang lain ialah Rudie Adie Razak bagi Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabang­sa, Nazneen Islam Rony Ijazah Sarjana Perniagaan Pemasaran Antarabang­sa dan Naincie Pindeh untuk Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat.

Ketika ditemui, Azlina berkata cabaran menguruska­n pembelajar­an secara efisien adalah sangat penting baginya sebagai seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak serta dalam masa yang sama memainkan tanggungja­wab sebagai seorang ibu dan juga isteri.

“Namun saya berjaya bergraduan secara GOT atas usaha yang tidak pernah mengalah serta dedikasi keduadua penyelia saya sepanjang pengajian.

“Penyelia saya iaitu iaitu Dr Hjh Norbayah Mohd Suki dan Prof Madya Dr Hjh Norazah Mohd Suki juga telah membawa saya memenangi anugerah Kertas Kerja Terbaik di Internatio­nal Conference on Business and Social Science yang diadakan pada 28 Februari - 1 Mac 2017 di Melaka,” katanya.

Muhammad Safuan turut mengongsik­an rasa yang sama dan menyatakan selain penyelia yang baik, fokus pada matlamat untuk bergraduan pada masa yang ditetapkan juga menjadi kunci untuk beliau berjay bergraduan secara GOT.

“Saya dibimbing oleh penyelia saya dengan baik selain diberi pendedahan dalam dunia akademik sebenar sekali gus meningkatk­an lagi keyakinan kepada diri saya.

“Saya juga menyertai Pertanding­an Penyelidik­an dan Inovasi UMS 2015 (Pereka 2015) dengan mempertand­ingkan tiga poster penyelidik­an bersama keduadua penyelia iaitu Prof Madya Dr Hjh Norazah dan Dr Irma Wani Othman dengan ketigatiga­nya berjaya meraih pingat, satu pingat perak dan dua pingat gangsa,” katanya ketika menceritak­an pengalaman manis dalam pengajian.

Bagi Rudie, persediaan minda sebagai seorang penyelidik dan disiplin diri dengan menetapkan tempoh masa bagi setiap langkah dalam membuat kajian hendaklah disematkan dalam diri jika mahu menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

“Walau apa jua urusan atau tanggungja­wab keperluan diri namun masa pengajian yang ditetapkan harus dipenuhi bagi mencapai tahap kematangan kajian itu,” katanya.

Naincie pula berkata, pengurusan masa yang efektif merupakan kunci utama beliau untuk menamatkan pengajian secara GOT.

“Sebagai penyampai berita sambilan di sebuah stesen televisyen yang berpusat di Sabah, komitmen yang tinggi sangat diperlukan apatah lagi terpaksa berulang alik dari Sabah ke UMSKAL.

“Cabaran akan sentiasa ada dalam pelbagai bentuk tapi ia terpulang pada diri masing-masing bagaimana untuk menghadapi cabaran itu,” ujarnya sambil berpesan kepada generasi muda agar jangan sesekali berputus asa dalam usaha mencapai citacita.

Berbeza dengan Nazneen, beliau yang merupakan seorang ibu warganegar­a Bangladesh menyifatka­n asas dalam melengkapk­an kajian penyelidik­an dalam jangka masa yang ditetapkan adalah hasil pemetaan minda selain sentiasa mendapatka­n nasihat daripada penyelia.

“Tidakdinaf­ikanpengur­usan masa yang efektif juga sangat membantu,justerusay­asentiasa memastikan saya mempunyai masa untuk mendapatka­n bimbingan daripada penyelia saya pada setiap minggu.

“Penyeliaan efektif ini memudahkan saya untuk menerbitka­n artikel dalam jurnal berindeks SCOPUS disamping memberi peluang kepada saya untuk mempunyai masa yang cukup untuk menganalis­is dan menyimpulk­an hasil penyelidik­an sekali gus dapat menyiapkan tesis dalam masa yang ditetapkan,” katanya.

Kesemua pelajar berstatus GOT yang ditemui itu dihasilkan di bawah penyeliaan Lt Kol (PA) Prof Madya Dr Hjh Norazah Mohd Suki dari Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan, UMSKAL.

Norazah mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang akademik dan banyak menerima anugerah di peringkat antarabang­sa seperti Highly Commended Paper in the 2017 Emerald Literati Network Awards for Excellence, Pembentang Kertas Kerja Terbaik di 2nd Advances in Social Sciences Research Internatio­nal Conference yang berlangsun­g pada 5-6 Mei 2017 di Bandung Indonesia, Highly Commended Paper in the 2015 Emerald Literati Network Awards for Excellence, dan Winners of the Seventh Annual Excellence in Research Journal Awards by IGI Global.

Untuk rekod, penyeliaan pelajar pascasiswa­zah adalah berbeza dengan penyeliaan pelajar prasiswaza­h kerana pembelajar­an pelajar pascasiswa­zah adalah secara penyelidik­anyangmeme­rlukan tesis dan kajian disiapkan selama tiga tahun iaitu enam semester bagi peringkat Ijazah Doktor Falsafah.

Manakala peringkat Ijazah Sarjana pula menyaksika­n dua tahun iaitu empat semester diperlukan bagi melayakkan pelajar menerima status GOT.

“Cabaran menguruska­n pembelajar­an secara efisien adalah sangat penting baginya sebagai seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak serta dalam masa yang sama memainkan tanggungja­wab sebagai seorang ” ibu dan juga isteri. DR AZLINA BUJANG Graduan dalam Ijazah Doktor Falsafah Teknologi Maklumat

 ??  ?? Dari kiri MUHAMMAD Safuan, Naincie, Irma, Norbayah, Norazah, Azlina dan Rudie bergambar kenangan pada majlis konvokesye­n itu.
Dari kiri MUHAMMAD Safuan, Naincie, Irma, Norbayah, Norazah, Azlina dan Rudie bergambar kenangan pada majlis konvokesye­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia