Utusan Borneo (Sabah)

125 murid dirai dalam Majlis Konvokesye­n SRK Sung Siew 2017

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 125 murid Tahun 6 Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew telah diraikan dalam Majlis Konvokesye­n di Sabah Hotel di sini, kelmarin.

Dalam ucapan perasmiann­ya, wakilAhliL­embagaPeng­urusan Sekolah-Sekolah Sung Siew, Moo Fah Lin menasihati para murid agar menjadikan peristiwa pada majlis itu tidak berhenti di sini sahaja, sebaliknya pastikan ia berulang lagi di masa hadapan.

Beliau mahu para murid mencapai lebih banyak kejayaan dengan berusaha bersungguh-sungguh di peringkat seterusnya.

“Sokongan dan komitmen yang padu daripada guru dan ibu bapa dituntut untuk melahirkan ramai murid yang berwibawa dan berketramp­ilan di sekolah.

“Semoga hubungan erat antara pihak sekolah dengan para ibu bapa dapat merealisas­ikan hasrat negara untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang dan mampu membangunk­an modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperib­adian mulia, berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi serta berdaya saing akan tercapai.

“Murid-murid juga perlu berani menghadapi cabaran baru dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah-ubah. Peranan mereka kini semakin mencabar dalam usaha membina diri untuk menguasai banyak bidang ilmu. Namun begitu, kita jangan lupa tentang aspek kerohanian, akhlak, tatasusila dan kewarasan fikiran,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah-Sekolah Sung Siew Datuk Daniel Chu Vui Fai, Yang Dipertua PIBG SRK Sung Siew Daniel Lo dan Guru Besar SRK Sung Siew Chin Shoon Yuen.

 ??  ?? ANTARA murid Tahun 6 yang diraikan pada Majlis Konvokesye­n 2017.
ANTARA murid Tahun 6 yang diraikan pada Majlis Konvokesye­n 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia