Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan Islam dan tahfiz percuma

-

KOTA KINABALU: Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa di Kampung Lubok, Manggatal wujud dua Pusat Tahfiz yang memberikan pendidikan Islam dan tahfiz secara percuma kepada anak yatim, fakir miskin dan mualaf.

Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah dan Pusat Tahfiz Ummu Mashitah yang dikendalik­an oleh Sahabat Prihatin Management ini sudah tiga tahun beroperasi dan menerima 42 pelajar dari seluruh Sabah.

Pengasasny­a Ustaz Mohd Zulfikar Abdul Mijan berkata para pelajar antaranya berasal daripada Pulau Banggi, Pitas, Kudat, Sandakan, Semporna, Kota Kinabalu, Kinarut dan warga sekitar.

“Sepanjang beroperasi­nya tahfiz ini kami memberikan pendidikan percuma meliputi matapelaja­ran tahfiz, al-Quran dan ilmu syariat yang lain.

“Dalam perkembang­an pelajar ini, Alhamdulil­lah ada yang datang ke sini dalam keadaan kosong tetapi selepas belajar beberapa tahun mereka mula menghafal al-Quran.

“Jumlah hafalan tertinggi setakat ini sudah mencecah 15 juzuk bacaan, mudahmudah­an dengan sedikit usaha yang kita jalankan ini akan mendapat kebaikan di akhirat nanti,” katanya.

Satu Majlis Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun juga diadakan pada Selasa bagi merai dan menyampaik­an anugerah untuk pelajar mereka.

“Ada dalam kalangan mereka yang menerima Anugerah Juzuk Yang Terbanyak, Hafalan Yang Terbanyak termasuk akhlak, disiplin, kepimpinan serta Anugerah Khas Mudir dan Mudirah.

“Sebuah tazkirah khas juga turut disampaika­n oleh Pensyarah Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Maktab Perguruan Gaya, Ustaz Mohd Shahir Ismail di samping persembaha­n nasyid dan qasidah oleh para pelajar,” katanya.

Zulfikar turut mengalualu­kan agar masyarakat menyokong usaha pendidikan percuma yang ditawarkan di Pusat Tahfiz itu dengan turut sama membantu menghulurk­an sumbangan.

“Sumbangan yang diperlukan adalah dari segi bahan makanan mentah seperti beras, gula, telur dan mi ataupun sumbangan wang tunai untuk menampung kos operasi,” katanya.

 ??  ?? ZULFIKAR (dua dari kanan) menyerahka­n sijil kepada seorang penerima anugerah sambil diperhatik­an oleh Ustaz Mohd Shahir (kiri).
ZULFIKAR (dua dari kanan) menyerahka­n sijil kepada seorang penerima anugerah sambil diperhatik­an oleh Ustaz Mohd Shahir (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia