Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa UMS jayakan Program Pasca UPSR di SK Tebobon

-

KOTA KINABALU: Seramai 42 pelajar Kursus Kokurikulu­m Pengurusan Organisasi Pelajar Seksyen 5, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurk­an Program Pasca UPSR yang bertemakan ‘Jom Buka Minda’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebobon, di sini.

Pengarah Program Thein Soon Loi berkata, Program Pasca UPSR itu bertujuan memberi perkongsia­n dan pendedahan awal kepada murid Tahun 6 SK Tebobon mengenai alam persekolah­an sekolah menengah.

“Program itu berlangsun­g dari jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang dan dihadiri seramai 45 pelajar dari sekolah rendah ini.

“Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti senamrobik, perkongsia­n pengalaman dan ilmu mengenai alam sekolah menengah, pendedahan mengenai kes buli dalam sekolah, latihan dalam kumpulan yang diiringi oleh ahli Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar serta aktiviti‘PolarBear’,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Thein, aktiviti itu dijalankan bagi menerapkan amalan kerjasama dalam kalangan murid sekali gus mengeratka­n hubungan silaturahi­m sesama mahasiswa dalam Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar Seksyen 5 dengan murid-murid SK Tebobon.

“Kita mengharapk­an agar program ini dapat menjadi titik tolak untuk muridmurid membuat persediaan sebelum melangkah ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan,” tambahnya.

Hadir sama, Pensyarah Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar Seksyen 5, Mohd Hilmey Saili dan Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Tebobon Ag Idris Sulaiman.

 ??  ?? MAHASISWA UMS mengambil gambar bersama pelajar Tahun 6 SK Tebobon.
MAHASISWA UMS mengambil gambar bersama pelajar Tahun 6 SK Tebobon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia