Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak pedalaman lebih mudah dibentuk jadi orang berjaya

-

KUCHING: Peranan ibu bapa dalam membentuk kejayaan anak-anak adalah lebih penting daripada ‘memaksa’ mereka mempelajar­i sesuatu ilmu atau kemahiran.

Perkara itu ditegaskan Pengasas dan Pengerusi Agastya Internatio­nal Foundation India Ramji Raghavan dan Sarawak bertuah terutama kanakkanak di pedalaman yang masih ‘segar’ pemikirann­ya boleh dibentuk menjadi seseorang yang berjaya.

Katanya berbanding kanakkanak di bandar, terutama di negara maju, kebanyakan mereka sudah terdedah dengan unsur negatif yang dibawa oleh kemodenan sesuatu teknologi.

“Dan inilah yang perlu ibu bapa lakukan agar pemikiran anak-anak yang masih segar ini dibentuk dengan baik agar dapat menjadi seseorang yang luar biasa yang mampu memberi impak kepada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bual bicara bertajuk ‘Konsep Semula Pendidikan Untuk Revolusi Industri 4.0’ sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Rabu.

Malah, kata Raghavan bagi anak-anak yang tinggal di luar bandar termasuk di negara maju, mereka lebih mudah dibentuk berbanding kanakkanak di bandar.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Global Future Education Foundation and Institute Amerika Syarikat Marc Prensky yang turut menjadi ahli panel bual bicara itu berkata, memaksa anakanak untuk belajar ilmu yang mereka bukan cenderung untuk kuasai adalah satu tindakan yang tidak tepat.

“Apa yang perlu ibu bapa lihat adalah kecenderun­gan anak-anak mereka menguasai sesuatu perkara dan membimbing mereka untuk mencapai apa yang mereka boleh kuasai,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia