Utusan Borneo (Sabah)

Sukan bentuk insan berkualiti

Bantu lahirkan masyarakat Malaysia yang cergas

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Aktiviti sukan dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatk­an mutu hidup dan kesejahter­aan masyarakat seterusnya membentuk insan yang berkualiti.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, melalui aktiviti sukan juga akan mempamerka­n nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik.

“Ini sekaligus dapat membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Sukan Tahunan Benta Wawasan Sdn Bhd baru baru ini di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Benta Wawasan Sdn Bhd berkata, bersukan juga dapat mengeratka­n silaturahi­m

DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri

antarasemu­aparapemai­nyang menyertai acara kejohanan sukan berkenaan.

“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurk­an kejohanan ini dengan jayanya. Penganjura­n kejohanan ini memang tepat pada masanya dalam usaha kita untuk memacu kemajuan dan memperkasa­kan lagi syarikat ini.

“Saya yakin usaha ini juga berupaya untuk meningkatk­an pencapaian syarikat dengan adanya semangat kerjasama sepasukan yang dilahirkan melalui kejohanan ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada warga syarikat itu untuk menerapkan nilai nilai positif semasa kejohanan untuk dipraktikk­an dalam usaha kita untuk membangun dan memajukan lagi pencapaian syarikat.

“Saya yakin usaha ini juga berupaya untuk meningkatk­an pencapaian syarikat dengan adanya semangat kerjasama sepasukan yang ini.” dilahirkan melalui kejohanan

 ??  ?? NIZAM semasa menyampaik­an piala pusingan kepada pasukan johan dalam temasya itu.
NIZAM semasa menyampaik­an piala pusingan kepada pasukan johan dalam temasya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia