Utusan Borneo (Sabah)

Shell Malaysia rai 10 pemenang bertuah Peraduan ‘Menang RM5,000 Hari-Hari’

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE pemenang bertuah Peraduan Menang RM5,000 Hari-Hari Shell.

KOTA DAMANSARA: Shell Malaysia baru-baru ini telah meraikan 10 pemenang bertuah Peraduan ‘Menang RM5,000 Hari-Hari’ di Shell Kota Damansara, Selangor.

Peraduan itu dianjurkan secara bersama oleh Shell Malaysia dan BonusKad Loyalty Sdn Bhd (BonusLink), dan terbuka kepada semua warganegar­a serta penduduk tetap Malaysia yang berumur lapan belas tahun dan ke atas yang merupakan Ahli Kad Utama dan Kad Tambahan BonusLink.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berkata, pihaknya sentiasa mengutamak­an pelanggan dalam setiap perkara yang lakukan, dan misi itu adalah mahu mencipta pengalaman hidup yang lebih baik.

“Pertanding­an Menang Hari-

PARA

Hari RM5,000 adalah satu cara untuk kami memberikan ganjaran kepada pelanggan dan menceriaka­n hujung tahun mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohadzlish­ah Mazli tidak menyangka akan dinobatkan sebagai salah seorang pemenang.

“Bila saya menerima panggilan daripada BonusLink, saya seakan tidak percaya dan ini bagaikan bonus buat keluarga saya,” katanya.

Mohadzlish­ah telah memenangi Peraduan Menang RM5,000 Hari-Hari pada 16 Oktober yang lalu sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Peraduan Menang RM5,000 Hari-Hari akan berakhir pada 7 Januari 2018 yang mana seorang pelanggan akan dipilih setiap hari untuk memenangi hadiah wang tunai RM5,000 apabila mereka meleret Kad BonusLink dan mengepam minyak di stesen Shell di seluruh negara.

Pemenang juga akan menerima mata ganjaran BonusLink sebanyak 50,000 sekiranya pelanggan menggunaka­n kad mereka di RakanNiaga­BonusLink lain dalam bulan yang sama.

Selain itu, bermula 20 November hingga 13 Disember depan, para pelanggan yang mengepam minyak minimum RM30 di stesen Shell seluruh negara akan mendapat cop pada setiap resit untuk membolehka­n merekamend­apathargad­iskaun di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehmelay­arilamanwe­bwww. shell.com.my/LebihEkstr­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia